Berita Harian

PKS mikro terima bantuan GKP 3.0 mulai semalam

Peruntukan RM500 juta diagihkan secara berperingk­at

- Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Mohd Iskandar Ibrahim bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 sebanyak RM500 juta dibayar kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) mikro secara berperingk­at mulai semalam.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata sejumlah RM1 bilion atau RM1,000 bagi setiap PKS mikro daripada geran berkenaan sudah dikreditka­n ke akaun penerima pada pertengaha­n Jun lalu.

“Seterusnya, jumlah tambahan RM500 yang diumumkan melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) dibayar mulai 12 Julai secara berperingk­at.

“Pembayaran membabitka­n implikasi kewangan hampir RM500 juta ini akan dikreditka­n terus ke akaun bank yang didaftarka­n dalam sistem GKP.

“Seterusnya, bawah Pakej PEMULIH yang diumumkan pada 28 Jun lalu, bayaran tambahan GKP 4.0 akan disalurkan kepada penerima GKP sedia ada dan penerima baharu pada September dan November ini.

“Mereka masing-masing akan menerima sebanyak RM500,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, bagi PKS mikro yang tidak pernah menerima GKP, tempoh pendaftara­n GKP 4.0 akan dibuka mulai 15 hingga 31 Julai ini.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan sebelum ini memberi komitmen untuk menyokong perniagaan secara berterusan, terutama PKS mikro dalam membantu aliran tunai sepanjang tempoh mencabar ini.

Sehubungan itu, katanya antara langkah diambil tahun ini adalah GKP 3.0 sebanyak RM1.5 bilion atau RM1,500 kepada setiap PKS mikro yang layak.

“Keseluruha­nnya, jumlah peruntukan yang sudah dan akan disalurkan kepada hampir satu juta PKS mikro bawah GKP sejak COVID-19 melanda negara adalah RM6.08 bilion.

“Kerajaan berharap bantuan langsung berterusan yang disalurkan kepada PKS mikro ini akan meringanka­n beban mereka, terutama perniagaan yang belum dibenarkan beroperasi pada masa ini.

“Selain GKP, banyak lagi inisiatif boleh dimanfaatk­an PKS mikro sepenuhnya sebagai persediaan untuk perancanga­n jangka panjang ke arah pemulihan perniagaan masing-masing.

“Ini termasuk dana pinjaman mudah PKS mikro berjumlah RM2.9 bilion melalui Bank Simpanan Nasional (BSN), Agrobank, MARA, SME Corp, YAPEIM dan TEKUN,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) menyediaka­n peruntukan RM8.6 bilion untuk dana pinjaman mudah bagi PKS dan PKS mikro.

Katanya, ia termasuk dana tambahan RM2 bilion melalui Pakej PEMERKASA+ dan RM2 bilion menerusi Pakej PEMULIH.

Beliau berkata, pihak terbabit boleh mendapatka­n maklumat lanjut mengenai dana berkenaan dan bantuan lain kerajaan di https://belanjawan­2021.treasury.gov.my/manfaat/.

Sementara itu, Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun ke bawah boleh membuat permohonan pengeluara­n i-citra mulai semalam.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, memaklumka­n permohonan itu boleh dibuat melalui laman sesawang icitra.kwsp.gov.my.

“Bagi memudahkan permohonan dalam talian i-citra, ahli dinasihatk­an memastikan nombor telefon bimbit adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-time Password (OTP), di samping mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluara­n terbabit.

“i-citra membolehka­n ahli yang layak membuat pengeluara­n simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 dan 2,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi PKS mikro yang tidak pernah menerima GKP, tempoh pendaftara­n GKP 4.0 akan dibuka mulai 15 hingga 31 Julai ini Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz,

Menteri Kewangan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia