Berita Harian

Pusat khidmat pelanggan telco dibenar beroperasi

- Oleh Suzalina Halid dan Nor Azizah Mokhtar

Sarawak jadi negeri kesembilan beralih ke Fasa Kedua esok bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Semua outlet pusat perkhidmat­an pelanggan syarikat telekomuni­kasi (telco) yang terletak dalam pusat belibelah dan pasar raya besar dibenarkan beroperasi bermula hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kebenaran operasi itu diberikan sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Kebenaran ini diberikan selepas mendapat persetujua­n Sidang Khas Majlis Keselamata­n Negara (MKN), hari ini (semalam),” katanya dalam kenyataan PPN dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD), di sini semalam.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Sarawak kini menjadi negeri kesembilan memasuki Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang akan bermula esok.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentang­an peralihan fasa bagi negeri di bawah PPN oleh Kementeria­n Kewangan melalui sidang khas MKN semalam.

“Selepas semua agensi berkenaan, termasuk Kementeria­n Kesihatan (KKM) meneliti nilai ambang di Sarawak, sidang khas MKN dipengerus­ikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini (semalam) bersetuju membuat peralihan fasa bagi Sarawak berdasarka­n pencapaian nilai ambang tiga indikator utama ditetapkan.

“Peralihan fasa PPN dari fasa satu ke fasa dua bagi Sarawak akan berkuat kuasa mulai 14 Julai ini (esok),” katanya.

Mengulas prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di sektor perkilanga­n dan premis perniagaan seperti diumumkan sebelum ini, Ismail Sabri berkata, kerajaan memperting­katkan penguatkua­saan secara menyeluruh terhadap kilang dan premis perniagaan kerana banyak pelanggara­n arahan kerajaan dan SOP diwartakan.

Beliau berkata, Pasukan Task Force Operasi Pematuhan kelmarin melaksanak­an 78,975 pemeriksaa­n di seluruh negara membabitka­n 19,477 anggota.

Katanya, pemeriksaa­n dilakukan termasuk ke atas 2,087

Timbalan Perdana Menteri kilang, 16,086 premis perniagaan, 625 tapak pembinaan dan 449 asrama penempatan pekerja.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati 17 premis iaitu kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarah tutup kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan kerajaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia