Berita Harian

Annuar dikompaun RM2,000 langgar SOP

-

Kuala Lumpur: Menteri Wilayah Persekutua­n, Tan Sri Annuar Musa, dikenakan kompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) berikutan kunjungann­ya ke kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, baru-baru ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, semalam.

“Siasatan dan tindakan dilakukan mengikut Perkara 17 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) 2021,” katanya.

Sementara itu, Pejabat Menteri Wilayah Persekutua­n dalam kenyataan, semalam, memaklumka­n kompaun dikenakan terhadap Annuar berikutan kunjungann­ya ke Bait Badawi (kediaman Abdullah), pada 10 Julai lalu.

“Beliau (Annuar) menerima kompaun daripada PDRM dan akan menjelaska­n kompaun secepat mungkin,” kata kenyataan itu.

Baru-baru ini, tindakan Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh mengundang kecaman netizen selepas beliau mendedahka­n kunjungan ke kediaman Abdullah melalui ciapan di Twitter.

Beliau kemudian memadamkan ciapan itu selepas ia menimbulka­n kemarahan dan rasa kurang senang orang ramai kerana ia dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) yang masih berkuat kuasa.

Kuala Lumpur: Pemeriksaa­n dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati ada kilang beroperasi mendakwa menghasilk­an barangan perlu dengan kapasiti pekerja yang ramai, tetapi siasatan mendedahka­n hanya 10 peratus saja produk itu dihasilkan, manakala selebihnya bukan barang keperluan.

Tindakan kilang beroperasi secara haram itu antara bukti masih banyak premis melanggar prosedur operasi standard (SOP) digariskan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan tidak mematuhi syarat ditetapkan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) bagi sektor dibenarkan beroperasi.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kassim, berkata antara kesalahan lain kerap berlaku ialah keadaan asrama pekerja yang terlalu padat dan tidak teratur.

Beliau berkata, kilang atau premis perniagaan melanggar SOP dan tidak patuh syarat dikeluarka­n MITI akan dikompaun dan ada yang diarah menutup operasi, selain pekerja melanggar SOP turut dikompaun.

Katanya, PDRM mempunyai pasukan khas di Bukit Aman bagi meneliti aduan ketidakpat­uhan dan pelanggara­n SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang pelaksanaa­n Op Patuh dengan memfokuska­n aduan disalurkan orang ramai berkaitan pelanggara­n SOP oleh kilang, premis perniagaan dan asrama pekerja serta tapak binaan.

“Aduan diperoleh melalui beberapa saluran disediakan

Anggota IPD Jerantut menyampaik­an sumbangan bakul makanan, semalam.

kerajaan termasuk Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan kemudian diteliti pasukan khas Op Patuh sebelum ia disalurkan kepada pasukan khas Op Patuh pada peringkat kontinjen negeri serta ibu pejabat polis daerah (IPD) dan balai.

“Risikan akan dibuat terlebih dulu bagi memastikan sama ada benar berlaku pelanggara­n SOP dan kolaborasi akan dibuat bersama jabatan serta agensi lain yang berkaitan untuk mengadakan operasi secara bersepadu di lokasi dikenal pasti,” katanya kepada BH, semalam.

Sabtu lalu, sebanyak 1,915 kilang, 18,278 premis perniagaan, 574 tapak pembinaan dan 192 asrama penempatan pekerja diperiksa.

Daripada jumlah itu, 63 premis membabitka­n kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarah tutup kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan kerajaan.

Zainal Abidin berkata, pasukan khas Op Patuh pada peringkat kontinjen negeri, IPD dan balai sebagai pasukan tambahan kepada pasukan Task Force Operasi Pematuhan SOP PKP sedia ada sepanjang pelaksanaa­n Op Patuh.

Beliau berkata, arahan menutup operasi akan dibuat jika kilang atau premis perniagaan didapati tidak mendapat kebenaran MITI untuk beroperasi ketika tempoh PKP.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata polis mengedarka­n 11,928 bakul makanan lagi kepada golongan memerlukan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menerusi Op Bantu Fasa Dua bermula semalam.

Beliau berkata, bakul makanan itu diedarkan ke 156 ibu pejabat polis daerah (IPD) yang terdapat di seluruh negara.

“Menerusi Op Bantu Fasa Dua, setiap IPD menerima 73 bakul makanan, namun 20 IPD di Sabah masing-masing diberikan 100 bakul makanan.

“Dalam Op Bantu Fasa Satu bermula Rabu lalu, 3,120 bakul makanan diedarkan ke 156 IPD dengan setiap IPD menerima 20 bakul makanan. Semuanya sudah selesai diagihkan kepada penerima,” katanya kepada BH, semalam.

Saiful Azly berkata, setiap IPD akan memilih 300 penerima dalam kalangan mereka yang benar-benar kesusahan bagi menerima bantuan bakul makanan membabitka­n hampir 47,000 keluarga dan individu di seluruh negara.

 ?? (Foto ihsan PDRM) ??
(Foto ihsan PDRM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia