Berita Harian

Kabinet bincang isu petugas kesihatan kontrak esok

-

Kuala Lumpur: Polemik petugas kesihatan kontrak diyakini dapat diselesaik­an secara harmoni menerusi mesyuarat Kabinet, Rabu ini.

Pengerusi Bahagian Pelatih, Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan (SCHOMOS) di Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Vijay Ganasan, menaruh keyakinan sedemikian selepas mengadakan perbincang­an dengan Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan Kementeria­n Kewangan (MOF), masing-masing pada Isnin lalu serta 25 Jun lalu.

Beliau berkata, inti pati perbincang­an bersama dua kementeria­n itu antara lain menyaksika­n kerajaan prihatin terhadap nasib lebih 23,000 kakitangan kesihatan kontrak di negara ini, sejak skim berkenaan dilaksanak­an pada Disember 2016.

“Perbincang­an dengan KKM dan MOF tempoh hari sangat baik, berbanding yang pernah diadakan sebelum ini.

“Justeru, kita kekal optimis bahawa akan ada berita baik berhubung isu kakitangan kesihatan kontrak selepas mesyuarat Kabinet, Rabu ini,” katanya pada sidang media secara dalam talian, semalam.

Selain rangka penyelesai­an yang bakal diumumkan selepas mesyuarat Kabinet, Rabu ini, Dr Vijay berkata, isu skim kakitangan kesihatan secara kontrak sewajarnya dibentangk­an untuk diperhalus­i pada sidang Parlimen, hujung bulan ini.

Beliau menyifatka­n tindakan itu sebagai pendekatan terbaik bagi memastikan kualiti dan kelestaria­n perkhidmat­an kesihatan tidak terjejs, meskipun negara dilanda pandemik seperti COVID-19.

“Kita setuju bahawa pengambila­n jawatan tetap perlu dibuat bersandark­an merit, memandangk­an kebolehlak­sanaan pelantikan secara automatik memang tidak mempunyai asas walaupun bagus.

“Bagaimanap­un, kita minta supaya kerajaan memperinci­kan merit atau kriteria yang jelas bagi melayakkan seseorang kakitangan kontrak dilantik ke jawatan tetap.

“Ini bagi memastikan setiap kakitangan kesihatan kontrak mempunyai hala tuju dan tahu prasyarat yang perlu dipenuhi sebelum mereka berupaya dilantik ke jawatan tetap,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia