Berita Harian

Jangkitan harian catat penurunan

-

Putrajaya: Kes harian COVID-19 semalam menunjukka­n penurunan dengan 8,574 kes berbanding kelmarin, 9,105 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor sekali lagi menyumbang lebih separuh kes semalam, dengan 4,308 kes.

Katanya, pertambaha­n kes semalam menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 844,870 kes.

Kuala Lumpur turut mencatatka­n penurunan kes semalam, dengan 609 kes berbanding kelmarin, 1,247 kes.

“Hanya Perlis tidak melaporkan sebarang pertambaha­n kes hari ini (semalam). Bagi negeri lain, Negeri Sembilan, 719 kes, diikuti Kedah (415); Melaka (411); Johor (407); Pahang (314); Sabah (298); Sarawak (235) dan Pulau Pinang (231).

“Selain itu, Perak (168); Terengganu (140); Kelantan (133); Labuan (66) dan Putrajaya (45),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mengenai 102 kes kematian yang dilaporkan semalam, Dr Noor Hisham berkata, 97 daripadany­a ialah warganegar­a dan empat lagi adalah warga asing berusia antara 29 hingga 86 tahun.

Katanya, 46 kes kematian dilaporkan di Selangor; Kuala Lumpur (16); Negeri Sembilan (14); Pahang (tujuh): Johor (enam); masing-masing tiga di Kedah dan

Melaka, manakala dua kes masing-masing di Sabah dan Pulau Pinang. Satu kes lagi masing-masing dilaporkan di Kelantan, Perak dan Sarawak.

Mengenai 16 kluster yang dilaporkan semalam, Dr Noor Hisham berkata, lapan daripadany­a membabitka­n dalam kalangan komuniti, lima berpunca di tempat kerja, manakala tiga lagi membabitka­n kumpulan berisiko tinggi.

Kluster dalam kalangan komuniti yang dikesan dikenali sebagai Kluster Kampung Pulau Kundur; Kluster Jalan Dusun Langgar; Kluster Lorong Kubur Maras; Kluster Tanjung Celam; Kluster Tok Molor; Kluster Rantau Kesidang; Kluster Ketior Dalam

dan Kluster Kampung Kendale.

Bagi kluster tempat kerja pula, ia dikenali sebagai Kluster Resort Sepang; Kluster Industri Jalan Utas; Kluster Tapak Bina Jalan Cendana; Kluster Lorong Sentosa Satu dan Kluster Putrajaya 15.

“Tiga lagi kluster membabitka­n kumpulan berisiko iaitu Kluster Bayam Tiga; Kluster Taman Utama Satu dan Kluster Seksyen 14 Jalan Bayam,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata sehingga jam 12 tengah hari semalam, terdapat 5,041 kes sembuh dilaporkan, sekali gus menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19, 747,338 kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia