Berita Harian

Setuju cucuk selepas anak ajak ‘jalan-jalan’

-

dalam nada sebak.

Zuriyani memberitah­u, dia tidak tahu bagaimana dirinya boleh dijangkiti COVID-19 berikutan hanya berada di rumah menguruska­n rumah tangga dan menjaga orang tuanya.

“Kelima-lima anak berusia antara enam hingga 20 tahun bersama suami Rasyidi Yaacob, 43, kini dikuaranti­n di rumah, manakala adik-beradik saya difahamkan akan menjalani ujian saringan COVID-19 hari ini.

“Keadaan saya pula beransur pulih dan tidak mengalami demam lagi kecuali hanya mengalami batuk lagi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo, ketika dihubungi memaklumka­n pasangan suami isteri itu dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Sik pada Jumaat lalu, dengan gejala jangkitan salur pernafasan dan disahkan COVID-19.

Chukai: “Dua kali dah tok tolak vaksin pasal orang cakap vaksin dok (tidak) bagus. Kali ketiga ini tok setuju nak cocok (suntik), pasal anak tok nak ajak pergi jalan-jalan,” kata warga emas, Selamah Embong.

Selamah, 68, yang menetap di FELDA Neram 1, dua kali menolak temu janji suntikan vaksin COVID-19, berikutan terpedaya dengan maklumat tidak tepat mengenai kepentinga­n dan keberkesan­an vaksin.

“Tok sebelum ni takut, pasal orang kata kalau cocok, tok akan dapat kesan sampingan, lebih lagi tok ada penyakit kronik,” katanya yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi sehingga satu jari kaki dan tumit kakinya dipotong.

Berhari-hari anaknya memujuk, malah memberitah­u Selamah bahawa mereka tidak mahu membawanya berjalan lagi jika tidak mengambil suntikan vaksin.

Beliau akhirnya bersetuju kerana teringin untuk ke Pasar Payang.

Selamah berkongsi ceritanya ketika ditemui di Pusat Penerimaan Vaksin PPV di Dewan Sivik Kerteh, di sini.

Anak Selamah, Ramzah Mohamad, berkata mereka adik-beradik mahu Selamah mendapatka­n suntikan vaksin kerana beliau tergolong dalam kategori berisiko tinggi.

“Setiap hari, kami empat beradik memujuk ibu dan apabila kami bertegas tidak mahu membawa ibu berjalan-jalan, barulah ibu setuju untuk disuntik,” katanya.

 ?? (Foto ihsan Zuriyani Ramli) ?? Zuriyani (tengah berdiri) bersama suami dan anak di samping ibu bapanya yang meninggal dunia akibat COVID-19.
(Foto ihsan Zuriyani Ramli) Zuriyani (tengah berdiri) bersama suami dan anak di samping ibu bapanya yang meninggal dunia akibat COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia