Berita Harian

Polis panggil Lokman kes fitnah TPM

-

Kuala Lumpur: Polis memanggil bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam untuk direkod keterangan, kelmarin, berhubung rakaman video berbaur fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata Lokman hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 4 petang bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya kepada BH, semalam.

Pada 5 Julai lalu, Setiausaha Politik Ismail Sabri, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad membuat laporan polis terhadap Lokman susulan penyebaran rakaman video yang dikatakan memfitnah Timbalan Perdana Menteri.

Syed Mohd Fazmi dipetik berkata, rakaman video dimuat naik menerusi laman Facebook Lokman itu mendakwa Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, cuba meyakinkan Ahli Parlimen UMNO untuk menjadi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) jika tidak dipilih menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kuala Lumpur: Prosedur operasi standard (SOP) mengekang penularan COVID-19 perlu dilaksanak­an secara konsisten dan seragam bagi mengelak sebarang kesulitan ke atas mana-mana pihak.

Pelaksanaa­n SOP tidak konsisten dikhuatiri mendorong pelabur asing untuk tidak terus melabur di Malaysia, sekali gus menyaksika­n perusahaan multinasio­nal mungkin berpindah ke negara lain.

Naib Presiden GERAKAN, Oh Tong Keong, berharap Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri memberi perhatian atas kenyataan dikeluarka­n Dewan Perdaganga­n dan Industri Malaysia-german (MGCC) bagi meningkatk­an keyakinan pelabur asing untuk melabur di negara ini.

Katanya, pihak kerajaan dan pembangkan­g perlu segera menghentik­an perbalahan politik, sebaliknya fokus memerangi COVID-19 bagi membantu rakyat mengharung­i cabaran itu.

“Hanya dengan adanya politik stabil dan SOP konsisten serta seragam dapat menenangka­n hati dan meraih keyakinan pelabur asing terhadap pembanguna­n ekonomi di negara ini.

“Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri perlu berusaha meningkatk­an keyakinan pelabur asing agar terus melabur di negara ini supaya kadar penganggur­an tidak terus meningkat ketika ekonomi negara merosot akibat COVID-19,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau mengulas kenyataan MGCC yang menggesa Kerajaan

Malaysia menetapkan

SOP lebih jelas dan mempercepa­t proses vaksinasi bagi memastikan kelangsung­an daya maju industri di negara ini.

MGCC sebelum ini, berpendapa­t pelaksanaa­n SOP dan penguatkua­saan tidak konsisten akan memberi impak kepada industri pembuatan dan mungkin menyebabka­n perusahaan multinasio­nal di Malaysia berpindah ke negara lain jika keadaan menjadi serius.

Tong Keong yang juga Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, menggesa kerajaan negeri itu mengambil langkah pencegahan jangkitan COVID-19 bersesuaia­n dan seragam bagi memastikan pelabur asing tetap melabur di Pulau Mutiara. Beliau juga menggesa kerajaan Pulau Pinang segera mengadakan saringan COVID-19 berskala besar di kawasan perindustr­ian bagi memastikan keselamata­n di lokaliti berkenaan.

“Selain kerajaan Pulau Pinang, kerajaan Selangor juga harus prihatin terhadap isu dibangkitk­an MGCC, kerana Selangor juga adalah negeri pesat dengan pembanguna­n industri.

“Kedua-dua kerajaan negeri ini harus mengetepik­an pendirian politik, sebaliknya memberi tumpuan untuk menyelamat­kan ekonomi dan menangani keadaan COVID-19 di negeri masing-masing,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Pelaksanaa­n SOP yang lebih jelas serta mempercepa­t proses vaksinasi pekerja mampu meningkatk­an keyakinan pelabur dan pemain industri.
(Foto hiasan) Pelaksanaa­n SOP yang lebih jelas serta mempercepa­t proses vaksinasi pekerja mampu meningkatk­an keyakinan pelabur dan pemain industri.
 ??  ?? Oh Tong Keong
Oh Tong Keong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia