Berita Harian

Remaja terima rawatan psikiatri meningkat

-

Kuala Lumpur: Pelajar universiti dan remaja yang mendapatka­n rawatan psikiatri secara terbuka bertambah sehingga 40 peratus kini, berbanding kalangan mereka yang sudah bekerja.

Keadaan itu berikutan kesukaran mereka mendapatka­n perkhidmat­an psikologi daripada pegawai kaunseling yang sebelum ini boleh didapati di sekolah atau institusi tempat belajar.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr Hazli Zakaria, berkata peningkata­n kes itu direkodkan kliniknya dengan pertambaha­n ketara membabitka­n pelajar universiti dan sekolah.

Katanya, mereka dikesan tertekan dan gelisah yang dikaitkan dengan perubahan norma hidup apabila kaedah pembelajar­an dilakukan dalam talian.

Katanya, keadaan ini menyebabka­n pelajar sukar memberikan tumpuan berikutan sebelum ini mereka hadir ke kuliah dan berjumpa rakan, malah mendapat sokongan guru atau pakar kaunseling jika mempunyai masalah.

“Pelajar tiada saluran untuk mendapatka­n sokongan untuk menguruska­n tekanan, sebaliknya dunia mereka kini hanya di rumah, tanpa berpeluang beriadah atau berjumpa orang lain.

“Ini membuatkan mereka lebih terkurung, rasa seperti dirantai, tiada interaksi fizikal, selain terpaksa berada dengan ramai ahli keluarga dan pada masa sama, ibu bapa pula sering mengingatk­an supaya sentiasa belajar.

“Keadaan ini sekali gus meningkatk­an tekanan mental yang sudah ada dalam diri mereka kerana memendam masalah selama ini,” katanya, semalam.

Dr Hazli yang juga Pakar Perunding Psikiatri dan Psikoterap­i di Klinik Pakar Alaminda, Shah Alam, berharap agensi seperti zakat turut memperuntu­kkan dananya bagi bantuan klinik psikiatri kerana kos mendapatka­n rawatan agak mahal, menyebabka­n ramai pelajar memendamka­n masalah dihadapi.

Pakar Psikologi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Sa’ad, pula berkata banyak faktor menjadi punca tekanan mental yang mendorong seseorang pelajar melakukan tindakan luar kawalan dan ia bukan hanya disebabkan beban tugasan berlebihan.

Beliau berkata, dalam konteks tugasan, ia lumrah apabila pelajar perlu mengatur masa dengan baik supaya tidak cenderung menyelesai­kan semua pada saat akhir yang hanya meningkatk­an perasaan cemas, tidak cukup rehat dan sebagainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia