Berita Harian

Pegawai IT didakwa sebar berita tidak benar

-

Ipoh: Seorang pegawai teknologi maklumat (IT) didakwa di Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan menyebarka­n berita tidak benar, berkaitan pemberian suntikan vaksin menggunaka­n aplikasi Tiktok.

Tertuduh, Inderpal Singh Devgun, 44, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menggunaka­n aplikasi Tiktok dengan profil akaun Blackfitt dengan niat untuk menyebabka­n kebimbanga­n kepada orang awam dan menyebarka­n berita tidak benar, iaitu “Those with appointmen­ts, they are not allowed to go in or difficult to go in for the second dose of vaccinatio­n. Apparently today, about 800 people from Tabung Haji have been given a vaccinatio­n without appointmen­ts”.

Inderpal didakwa melakukan kesalahan itu pada jam kira-kira 2.53 petang pada 21 Mei lalu.

Oleh yang demikian, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No.2) 2021 yang memperuntu­k hukuman didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Dalam hal suatu kesalahan berterusan, didenda selanjutny­a tidak melebihi RM1,000 bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Fajrul Shihar Abu Samah, manakala tertuduh diwakili peguam bela Collin Arvind Andrew.

Fajrul menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dikenakan terhadap tertuduh, bagaimanap­un Collin memohon agar dikurangka­n kepada RM5,000.

Mahkamah kemudian membenarka­n wang jaminan sebanyak RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Inderpal Singh tiba di Mahkamah Sesyen Ipoh, semalam.

Kota Bharu: Tiga lagi anggota polis direman empat hari bermula semalam, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan sebanyak RM200,000 daripada pasangan pengedar dadah.

Pada masa sama, seorang pegawai kanan polis disambung reman empat hari bagi membantu siasatan kes sama.

Perintah tahanan reman dikeluarka­n Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Nor Faezah Abdullah terhadap ketiga-tiga anggota itu masing-masing berusia 28, 34 dan 39 tahun serta pegawai polis berpangkat Asisten Superinten­dan (ASP).

Tiga anggota berkenaan berpangkat Sarjan dan Lans Koperal.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjay­a

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahka­n tiga anggota itu ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Semua mereka disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, dua pegawai kanan polis masing-masing direman empat dan lima hari bagi membantu siasatan dakwaan meminta suapan RM200,000 daripada pasangan pengedar dadah.

Pegawai berpangkat ASP ditahan reman bermula Jumaat lalu dan seorang lagi berpangkat Deputi Superinten­dan (DSP) ditahan reman bermula Sabtu lalu. Mereka berusia 48 tahun.

Tiga anggota polis direman empat hari dakwaan meminta suapan RM200,000 daripada pasangan pengedar dadah.

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ??
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh)
 ?? (Foto Balqis Jaziman Zahari/bh) ??
(Foto Balqis Jaziman Zahari/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia