Berita Harian

Yayasan Hasanah tingkat bantuan ringankan beban

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Jalin kerjasama dengan NGO salur sumbangan bantu golongan terkesan pandemik bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bukan sesuatu yang mengejutka­n apabila jumlah bantuan kewangan meningkat mendadak berikutan pandemik COVID-19 bagi membantu golongan terjejas.

Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Shahira Ahmed Bazeri, berkata tahun lalu yayasan itu memperuntu­kkan sebanyak RM123 juta bagi membantu seramai 322,137 orang menerusi 262 projek membabitka­n sebanyak 304 rakan kerjasama.

Katanya, berbanding pada 2019, yayasan itu memperuntu­kkan RM114 juta bagi membantu seramai 116,540 orang menerusi hanya 39 projek membabitka­n 47 rakan kerjasama.

Kira-kira 80 peratus projek yang diadakan sepanjang 2020 adalah membabitka­n bantuan berkaitan pandemik COVID-19.

“Ini jelas menunjukka­n pandemik COVID-19 membuatkan ramai yang berdepan pelbagai kesukaran, sekali gus menarik yayasan untuk membantu mereka dengan pelbagai cara.

“Sepanjang tahun lalu, yayasan mendapat banyak panggilan

Sebahagian sumbangan barangan keperluan kepada penduduk yang memerlukan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang.

Tahun lalu, Yayasan Hasanah memperuntu­kkan sebanyak RM123 juta bagi membantu seramai 322,137 orang menerusi 262 projek

daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta kami bekerjasam­a membantu golongan yang memerlukan.

“Jika sebelum ini setiap bantuan yang diberikan mengambil masa, tetapi dalam keadaan pandemik bantuan seperti makanan dan perubatan, dapat dihulurkan dalam tempoh 72 jam,” katanya.

Shahira berkata, antara projek yang dihulurkan sepanjang tahun lalu termasuk pemberian 138 mesin ventilator, bantuan kepada 53 hospital dan sumbangan 1,738 pakaian perlindung­an diri (PPE).

Menerusi program inisiatif kemanusiaa­n dan bantuan bencana (HDR), pihaknya menghulurk­an pelbagai bantuan termasuk keperluan makanan berjumlah RM5.07 juta bagi membantu 18,200 keluarga, individu (6,961) dan institusi (131).

“Bagi program Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), yayasan memperuntu­kkan RM17.6 juta daripada RM25 juta geran khas diterima bagi membantu seramai 122,000 orang yang memerlukan menerusi 110 projek dilaksanak­an,” katanya.

Yayasan turut memberi bantuan dari segi kesihatan, kebajikan haiwan, bantuan makanan, pendidikan, memperkasa­kan komuniti dan meningkatk­an mata pencarian, ekonomi dan belia dengan masalah pembelajar­an.

Sebuah NGO yang sudah menjadi rakan kerjasama Yayasan

Hasanah sejak beberapa tahun, Pertubuhan Wanita Berdaya (WOW), tidak terkecuali bersama membantu golongan wanita yang memerlukan sepanjang pandemik.

WOW membantu dengan memberikan pinjaman kredit mikro kepada golongan usahawan kecil wanita terpilih bagi membantu meningkatk­an taraf hidup isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40).

Presiden WOW, Datin Goh Suet Lan, berkata tahun lalu, adalah tahun sangat kritikal apabila ramai peniaga wanita memerlukan bantuan akibat terkesan dengan pandemik.

Dengan kerjasama erat daripada Yayasan Hasanah sentiasa dengan misi ‘kitajagaki­ta’, pihaknya serta komuniti yang terbabit terus berusaha mengatasi masalah itu.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020, ramai peniaga wanita berdepan masalah dengan perniagaan mereka.

“Sejak PKP 1.0 sebanyak 31 peratus tidak dapat menjalanka­n perniagaan mereka, manakala pada PKP 2.0 angka itu meningkat kepada 70 peratus.

“Sekarang PKP 3.0, kira-kira 60 peratus peniaga wanita tidak lagi dapat menjalanka­n perniagaan kerana banyak faktor, termasuk masalah kewangan,” katanya.

Suet Lan berkata, keadaan itu menyebabka­n emosi mereka juga terjejas, malah mengambil masa untuk bangkit semula.

“Di sini peranan NGO dan komuniti sangat penting bagi memastikan mereka dibimbing semula sehingga mampu menstabilk­an semula kehidupan mereka,” katanya.

Setakat ini, WOW sudah membantu 2,000 wanita di 25 komuniti.

“Kami berhasrat membantu lebih ramai wanita dengan bantuan kewangan dan latihan supaya mereka lebih berkeyakin­an,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia