Berita Harian

Unjuran pertumbuha­n KDNK akan diturunkan

Semakan semula angka lebih rendah susulan sekatan pergerakan penuh

-

Malaysia akan menurunkan tinjauan pertumbuha­n ekonominya tahun ini berikutan sekatan pergerakan bagi membendung COVID-19, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk

Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau memberikan isyarat kerajaan mungkin mengujurka­n pertumbuha­n sekitar 4.0 peratus.

Walaupun terdapat keyakinan bahawa lonjakan kes semasa boleh dibendung dan sekatan pergerakan akan dilonggark­an, kerajaan dijangka menurunkan anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2021, katanya dalam satu temu bual bersama Bloomberg TV, semalam.

“Kami sedang menyemak semula angka yang lebih rendah dan akan berkongsi angka sebenar apabila sudah mendapatka­n data daripada lapangan,” kata Tengku Zafrul.

Ditanya sama ada unjuran itu akan diturunkan kepada sekitar 4.0 peratus, beliau memberitah­u ia ‘sekitar julat yang anda nyatakan’.

Kerajaan sebelum ini menyatakan akan menyemak semula tinjauan, yang pada ketika ini antara 6.0 hingga 7.5 peratus, pada bulan depan.

Sekatan pergerakan menyebabka­n ekonomi menanggung kerugian RM1 bilion sehari dan hanya kira-kira 10 peratus penduduk sudah divaksin sepenuhnya.

Kes COVID-19 mencecah rekod tertinggi baharu 9,353 pada Sabtu, dengan Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur merangkumi 60 peratus daripada jumlah keseluruha­n.

Tengku Zafrul minggu lalu dilantik sebagai Menteri Penyelaras bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN), bertanggun­gjawab memantau pelaksanaa­n strateginy­a, termasuk langkah intervensi.

“Fokus kami hari ini adalah supaya ekonomi dibuka dengan selamat. Ia adalah pelan yang dinamik dan tangkas,” kata Tengku Zafrul.

Antara butiran penting lain daripada temu bual itu termasuk paras siling hutang akan dinaikkan kepada 65 peratus, daripada 60 peratus ketika ini, ketika kerajaan menambah pinjaman bagi membiayai pakej bantuan ekonomi.

Tengku Zafrul berkata, beliau akan mencadangk­an kenaikan siling hutang itu di Parlimen, dengan terdapat kecairan mencukupi dalam pasaran untuk kerajaan meminjam bagi membiayai pakej rangsangan.

Selain itu, defisit fiskal bagi tahun ini berkemungk­inan melebar kepada 6.5 hingga 7.0 peratus, meningkat daripada unjuran asal 6.0 peratus.

BLOOMBERG

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia