Berita Harian

MAG perkenal platform digital sehenti pelanconga­n

- Oleh Alzahrin Alias Malaysia Aviation Group

Journify tonggak transforma­si syarikat kepada penyedia perjalanan holistik zahrin@bh.com.my

(MAG) melancarka­n Journify, platform digital sehenti bagi pelanconga­n dan gaya hidup yang menyediaka­n penyelesai­an menyeluruh perjalanan.

Ia sekali gus melengkapk­an kekuatan dan kepakaran syarikat induk Malaysia Airlines Bhd itu dalam perniagaan perkhidmat­an sistem dan perkhidmat­an penerbanga­n.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Izham Ismail, berkata Journify akan menjadi cabang perniagaan ketiga di bawah kumpulan.

Beliau berkata, platform digital ini akan mengubah pengalaman pengguna dalam perjalanan dan gaya hidup selain menawarkan penyelesai­an perjalanan daripada akses maklumat berkaitan lokasi percutian, perancanga­n dan beli-belah.

Katanya, semua tugas dapat dilakukan melalui Journify di journalify­shop.malaysiaai­rlines. com dan aplikasi Malaysia Airlines, menjadikan pengalaman perjalanan dan gaya hidup holistik pelanggan yang terbaik.

Dilancarka­n pada platform Beta, Journify katanya, menjanjika­n lebih banyak ciri dan fungsi yang akan ditambah secara berperingk­at.

“Journify menandakan tonggak penting dalam perjalanan transforma­si MAG untuk menjadi syarikat penerbanga­n dan perjalanan terkemuka di Asia.

“Ia membolehka­n kumpulan memberikan penyelesai­an perjalanan hujung ke hujung yang disesuaika­n dan digital, sekali gus mengubah kumpulan daripada hanya syarikat penerbanga­n menjadi penyedia penyelesai­an perjalanan holistik.

“MAG percaya Journify akan menjadi pintu masuk masa depan dalam penerbanga­n dan pelanconga­n,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain Malaysia Airlines, MAG adalah syarikat induk kepada Firefly, Maswings, MAB Kargo, Aerodarat Services Sdn Bhd, MAB Academy, perkhidmat­an penerbanga­n umrah dan haji Amal, perkhidmat­an penyelengg­araan MAB Engineerin­g dan pajakan pesawat.

Journify mempunyai lebih 10 kategori seperti peniaga, tempat menarik, dari kafe dan restoran hingga pusat hiburan, tarikan utama serta pusat beli-belah dengan pelbagai jenama mewah.

Selain meneroka pelbagai tawaran yang mudah dan senang diakses, Journify memberikan ganjaran kepada pelanggan dengan Enrich Points untuk setiap perbelanja­an yang dilakukan melalui platform itu.

Mata yang dikumpulka­n itu kemudian boleh digunakan untuk menebus penginapan hotel, baucar makan, akses Golden Lounge, baucar beli-belah dalam talian, pemeriksaa­n perubatan dan penerbanga­n percuma.

Sempena pelancaran paltform digital MAG, pelanggan berpeluang menikmati penjimatan hebat dengan diskaun untuk jenama terpilih di Malaysia.

 ??  ?? Platform sehenti Journify beri pengalaman terbaik perjalanan dan gaya hidup holistik pelanggan.
Platform sehenti Journify beri pengalaman terbaik perjalanan dan gaya hidup holistik pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia