Berita Harian

Sesi dagangan ditutup lebih rendah

-

Persekitar­an ekonomi, kes COVID-19 jejas minat pelabur

Bursa Malaysia mengakhiri dagangan semalam dengan lebih rendah susulan minat pelabur yang kurang memberangs­angkan terhadap pasaran ekuiti tempatan dalam persekitar­an ekonomi serta peningkata­n kes COVID-19.

Pada jam 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.5 peratus atau 7.69 mata kepada 1,512.89 daripada 1,520.58 mata yang dicatatkan pada Jumaat lalu.

Indeks penanda aras itu naik 1.65 mata kepada 1,522.23 sewaktu pasaran dibuka dan bergerak dalam jajaran 1,509.25 hingga 1,525.42 sepanjang sesi dagangan semalam.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 743 berbanding 246, manakala 395 kaunter tidak berubah, 833 tidak diniagakan dan 10 lain digantung daganganny­a.

Jumlah dagangan meningkat kepada 4.28 bilion unit bernilai RM2.35 bilion daripada 3.98 bilion unit bernilai RM2.86 bilion pada Jumaat lalu.

Penganalis­is berkata, laporan bahawa pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan disemak semula kepada sekitar 4 peratus tahun ini berbanding unjuran awal pada 6 hingga 7 peratus, turut memberi kesan terhadap sentimen pelabur.

Dalam perkembang­an lain, kerajaan Selangor dilaporkan mencadangk­an kerajaan menutup sektor ekonomi untuk beberapa hari selepas negeri itu kekal mencatatka­n jumlah kes COVID-19 yang ketara.

“Selain itu, syor terbaru Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) supaya semua pekerja sektor pembuatan di bawah perkhidmat­an perlu menjalani ujian calitan RTK dua kali seminggu yang dijadikan sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP), juga dilihat menambah tekanan ke atas sektor terbabit,” kata penganalis­is itu.

Sementara itu, Ketua Jualan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Vincent Lau, berkata walaupun kes COVID-19 kekal tinggi dan mencecah 8,574 semalam, beliau sebaliknya optimis bahawa perkembang­an peningkata­n pemberian vaksin dapat menampan sentimen pasaran yang suram.

Saham wajaran tinggi menyaksika­n Maybank rugi tujuh sen kepada RM8.06, Public Bank dan CIMB masing-masing naik dua sen kepada RM4.08 dan RM4.51, Petronas Chemicals susut dua semula COVID-19 di kebanyakan rantau.

Pasaran hadapan di New York jatuh di bawah AS$74 setong selepas meningkat lebih dua peratus pada Jumaat.

Pelaksanaa­n vaksin dan lonjakan semula dalam aktiviti ekonomi merentasi ekonomi utama, terutama Amerika Syarikat (AS) memacu penggunaan bahan api.

Penularan virus varian delta dan ketidakpas­tian terhadap bekalan daripada pakatan Pertubuhan Negara-negara Pengekspor­t Petroleum dan Sekutu (OPEC+) menyelubun­gi tinjauan.

Terdapat juga tanda bahawa pemulihan China semakin perlahan.

Ekonomi negara itu selalu dijangka merosot daripada paras tinggi yang dicatatkan­nya ketika sen kepada RM8.04, TNB turun satu sen kepada RM9.68 namun IHH naik tiga sen kepada RM5.64.

Bagi saham aktif, Mpay dan Serba Dinamik masing-masing susut setengah sen kepada 24.5 sen dan 45 sen, manakala YBS naik lapan sen kepada 43.5 sen.

Di papan indeks menyaksika­n Indeks FBM Emas berkuranga­n 66.41 mata kepada 11,003.7, Indeks FBMT 100 menguncup 60.28 mata kepada 10,721.64 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 101.28 mata kepada 12,009.5.

FBM ACE juga berkuranga­n sebanyak 152.45 mata kepada 7,022.59 manakala FBM 70 susut 102.72 mata kepada 14,222.21.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan turun 21.08 mata kepada 14,934.55, Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian susut 1.72 mata kepada 185.80 dan Indeks Perladanga­n berkuranga­n 48.41 mata kepada 6,242.02.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 2.17 bilion saham bernilai RM1.77 bilion daripada 2.58 bilion saham bernilai RM2.28 bilion pada Jumaat lalu.

Selain itu, jumlah waran berkuranga­n kepada 185.92 juta unit bernilai RM198.57 juta berbanding 215.29 juta unit bernilai RM27.21 juta, sebelum ini.

Di Pasaran ACE, jumlah daganganny­a bagaimanap­un meningkat kepada 1.92 bilion saham bernilai RM553.14 bilion daripada 1.19 bilion saham bernilai RM557.32 bilion, sebelum ini.

Produk dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 296.58 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmat­an perindustr­ian sebanyak 623.54 juta, pembinaan (78.11 juta), teknologi (386.07 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (41.28 juta), hartanah (172.48 juta), perladanga­n (25.64 juta), REIT (4.33 juta), dana ditutup (12,300), tenaga (396.69 juta), penjagaan kesihatan (52.67 juta), telekomuni­kasi dan media (44.46 juta), pengangkut­an dan logistik (44.68 juta) serta utiliti (10.25 juta). BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia