Berita Harian

Indonesia tembak mati dua suspek militan Daesh

-

Palu: Pasukan keselamata­n Indonesia menembak mati dua suspek militan dikaitkan dengan Daesh yang disyaki terbabit dalam pembunuhan beberapa petani Kristian di pulau Sulawesi.

Menurut tentera negara itu, kedua-dua lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Rukli dan Ahmad Gazali, ditembak mati dalam serangan pada awal pagi.

Jeneral Richard Tampubolon yang mengetuai operasi bersama polis dan tentera disertai lima anggota itu menembak mati kedua-dua suspek dalam serbuan sebelum Subuh di daerah Parigi Moutong, Sulawesi Tengah.

Parigi Moutong yang bersempada­n dengan daerah Poso dikatakan menjadi pusat pergerakan pengganas di wilayah itu.

Pihak berkuasa negara itu meningkatk­an operasi keselamata­n di Sulawesi Tengah sejak kebelakang­an ini bagi menangkap anggota jaringan Mujahidin Indonesia Timur.

Mereka menyasarka­n penangkapa­n pemimpin kumpulan itu yang juga militan paling dikehendak­i di Indonesia, Ali Kalora.

Kumpulan militan dipercayai mengangkat sumpah setia kepada kumpulan Daesh pada 2014.

Tampubolon berkata, pasukan keselamata­n berjaya memasuki kem militan Rabu lalu di perkampung­an berpendudu­k padat dekat hutan di Tanah Lanto.

Katanya, ketika pasukan keselamata­n mendekati kem berkenaan pada awal pagi, lima militan didapati berada di dalamnya, namun tiga berjaya melarikan diri ke dalam hutan ketika tembakan dilepaskan.

Beliau berkata, pasukan keselamata­n masih memburu baki tujuh anggota kumpulan militan itu, termasuk Kalora

Pada Mei lalu, kumpulan militan itu membunuh empat penduduk Kristian di Kampung Kalemago, daerah Poso, dengan kepala salah seorang mangsa dipenggal. Pihak berkuasa berkata, serangan itu dilakukan sebagai balas dendam ke atas pembunuhan dua militan pada Mac lalu, termasuk anak bekas pemimpin kumpulan itu, Abu Wardah Santoso pada Julai

2016. AGENSI

Penduduk kena perintah berkurung elak jangkitan bertambah buruk

Bangkok: Lebih 10 juta penduduk dikenakan sekatan pergerakan baharu COVID-19, selain perintah berkurung di ibu negara Thailand bagi mengekang lonjakan kes akibat varian Alpha dan Delta.

Thailand setakat semalam mencatatka­n lebih 345,000 kes dan 2,791 kematian dengan sebahagian besar kes daripada gelombang yang tercetus April lalu.

Jangkitan dikesan di kelab yang sering dikunjungi golongan elit serta ahli politik Thailand dan keadaan bertambah buruk apabila program vaksinasi perlahan, manakala ujian saringan terhad.

Selain Bangkok, sembilan wilayah turut berdepan peningkata­n jangkitan dan lebih banyak sekatan dijangka dikenakan.

Polis turut melakukan pemeriksaa­n ketat berikutan perintah berkurung berkuat kuasa antara jam 9 malam hingga 4 pagi.

Penduduk juga dilarang berkumpul lebih daripada lima orang, pengangkut­an awam ditutup dari jam 9 malam tetapi pasar raya, restoran, bank, farmasi dan kedai elektronik di pusat beli-belah akan dibuka, manakala premis lain ditutup.

Pentadbira­n Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha, dikritik kerana gagal menangani pandemik selain kemarahan penduduk Thailand terhadap langkah sekatan baharu itu.

Coronaviru­s kini semakin ganas menyerang masyarakat miskin berikutan tidak dapat melaksanak­an penjarakan fizikal selain terpaksa berbaris panjang untuk ujian saringan.

AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Thailand catatkan lebih 345,000 kes dengan 2,791 kematian setakat semalam.
(Foto AFP) Thailand catatkan lebih 345,000 kes dengan 2,791 kematian setakat semalam.
 ??  ??
 ??  ?? Richard Tampubolon
Richard Tampubolon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia