Berita Harian

Rohingya tetap curigai kumpulan antijunta

-

Sittwe: Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar memecah tradisi apabila menerima Rohingya dalam gabungan antijunta bagi menentang pemerintah­an tentera di negara itu.

Bagaimanap­un masyarakat minoriti Islam berkenaan mengambil sikap berwaspada selepas berdekad menjadi mangsa diskrimina­si dan keganasan baik di tangan tentera atau kerajaan di bawah Liga Demokrasi Nasional (NLD).

Masyarakat Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh akibat serangan junta tentera pada 2017 diberi jaminan akan dibenarkan kembali ke Rakhine di Myanmar.

Di samping itu, jaminan kewarganeg­araan turut diberikan kepada masyarakat minoriti itu, tetapi mereka tetap mengambil sikap berhati-hati berdasarka­n pengalaman lama.

Meskipun kerajaan NLD di bawah pentadbira­n Aung San

Suu Kyi sebelum ini merujuk masyarakat Rohingya sebagai komuniti Islam yang tinggal di Rakhine, tahap curiga masih wujud kerana mereka masih dinafikan beberapa hak asasi.

Kebanyakan etnik Rohingya kini tinggal di kem sementara selepas sebahagian besar kediaman mereka musnah dibakar ketika pertempura­n dengan etnik Buddha Rakhine pada 2012.

Walaupun terdapat banyak usaha ingin dilakukan sejak dipelawa menganggot­ai gabungan NUG bulan lalu, tiada satu pun wakil Rohingya dilantik dalam Kabinet 32 anggota NUG.

Myanmar dicemari kekacauan sejak junta tentera mengguling­kan kepemimpin­an Suu Kyi selepas partinya, NLD, menang besar pada pilihan raya November lalu.

Tunjuk perasaan besar-besaran dan tindak balas ganas tentera berlaku di negara itu hampir setiap hari sejak rampasan kuasa 1 Februari lalu. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia