Berita Harian

AS ulangi amaran ‘China jangan serang Filipina’

-

Washington sedia hantar tentera bantu Manila pertahan hak di Laut China Selatan

Washington: Amerika Syarikat (AS) mengulangi amaran kepada China bahawa tenteranya akan membantu Filipina mempertaha­nkan perairanny­a di Laut China Selatan jika diancam.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, dalam satu kenyataan, berkata pihaknya boleh bertindak demikian berlandask­an Perjanjian Pertahanan Bersama As-filipina 1951, sekiranya China mengancam Filipina.

“AS menegaskan sekali lagi bahawa dasar sama dipersetuj­ui pada 13 Julai 2020 berhubung tuntutan di Laut China Selatan yang dicapai di bawah pentadbira­n bekas Presiden, Donald Trump.

“Kami juga menegaskan bahawa AS akan bertindak sebarang tuntutan China ke atas sumber laut dan perairan, serangan bersenjata terhadap angkatan bersenjata Filipina, kapal awam, atau pesawat di perairan Laut China Selatan.

“Sebarang provokasi China akan mendorong tindakan pertahanan bersama AS dan Filipina di bawah Artikel Keempat perjanjian 1951,” katanya.

Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan Pejabat Konsulat China di Manila, membantah kenyataan terbaru Beijing menolak keputusan Mahkamah Timbang Tara yang menafikan tuntutanny­a di Laut China Selatan.

Artikel itu antara lain menyatakan jika berlaku sebarang serangan bersenjata di kawasan Pasifik yang membahayak­an, mengancam keamanan atau keselamata­n, mereka boleh bertindak seperti yang termaktub dalam perlembaga­an.

Blinken membuat kenyataan itu sempena tahun kelima keputusan Mahkamah Timbang Tara yang menolak tuntutan China ke atas wilayah dan perairan yang luas di Laut China Selatan.

China menuntut sebahagian besar perairan di Laut China Selatan yang dipanggil Nine Dash Line atau Sembilan Garis Putus yang turut dituntut oleh Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam.

April lalu, Blinken menegaskan perkara sama dalam perbualann­ya dengan Menteri Luar

Filipina, yang menurut Jabatan Negara, menegaskan kesahihan perjanjian itu bagi sebarang tindakan jika di Laut China Selatan terancam.

Jumaat lalu, China mengulangi pendiriann­ya sebelum ini bahawa Beijing tidak menerima keputusan Mahkamah Timbang Tara itu dan akan terus mempertaha­nkan tuntutanny­a di Laut China Selatan. AGENSI

 ?? (Foto EPA) ??
(Foto EPA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia