Berita Harian

Donnarumma Pemain Terbaik

-

London: Pengurus England, Gareth Southgate berkata ia adalah keputusann­ya untuk meletakkan pemain remaja, Bukayo Saka sebagai pengambil sepakan penalti terakhir dalam kekalahan penentuan penalti di tangan Itali pada final, semalam.

Pasukan tuan rumah yang beraksi pada final kejohanan utama sejak 1966, tewas 3-2 pada penentuan penalti selepas terikat 1-1 di Wembley.

Southgate turut memasukkan Jadon Sancho dan Marcus Rashford di akhir masa tambahan sebagai persediaan untuk mengambil penalti, dan kedua-duanya gagal membolosi gawang Itali.

“Saya yang memilih pengambil sepakan. Saya amat kecewa kerana tak dapat mara selangkah lagi.

“Kami memutuskan untuk membuat perubahan di akhir permainan, tetapi kami menang atau kalah sebagai satu pasukan,” kata Southgate.

Pemain sayap Arsenal, Saka yang hanya mengumpul lima kap antarabang­sa sebelum kejohanan, menyaksika­n sepakan penalti terakhirny­a diselamatk­an Gianluigi Donnarumma, selepas Jorginho mensia-siakan peluang untuk memastikan kemenangan apabila sepakannya diselamatk­an Jordan Pickford.

“Ia keputusan saya untuk memberikan penalti itu kepadanya (Saka),” kata Southgate yang turut gagal menyempurn­akan sepakan penalti penting ketika England tewas kepada Jerman pada separuh akhir Euro 1996 di laman sendiri.

Sementara itu, Roy Keane membidas bintang senior England kerana membiarkan 'budak mentah', Saka mengambil sepakan penalti kelima yang penting buat pasukan.

“Sekiranya anda Sterling atau Grealish, anda tidak boleh duduk di sana dan membiarkan seorang pemain muda (Saka) melakukan sepakan penalti di depan anda, tidak boleh.

“Mereka memiliki lebih banyak pengalaman. Sterling sudah memenangi piala, mereka harus berada di depan pemain muda itu dan berdiri,” katanya. AGENSI

London: Wira sepakan penentuan Itali, Gianluigi Donnarumma dinobatkan sebagai Pemain Terbaik.

Penjaga gol tinggi lampai itu menafikan penalti Jadon Sancho dan Bukayo Saka untuk menewaskan England 3-2 pada aksi final di Wembley, semalam.

Donnarumma, 22, merakam tiga perlawanan tanpa bolos sepanjang kejohanan dan turut menjadi wira ketika menyingkir­kan Sepanyol menerusi sepakan penentuan di separuh akhir.

Dia menyelamat­kan sepakan Dani Olmo dan Alvaro Morata untuk membawa Itali ke final.

Penjaga gol baharu Paris Saintgerma­in (PSG) itu kini mengunggul­i lima sepakan penentuan terakhirny­a.

Donnarumma juga menjadi penjaga gol kedua dinobatkan Pemain Terbaik Euro selepas Peter Schmeichel pada 1992.

Donnarumma menerima trofi Pemain Terbaik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia