Berita Harian

Misi teruskan legasi cemerlang

- Oleh Helmi Talkah

Skuad tak pernah pulang tangan kosong sejak 3 edisi terakhir

Rashid raih gangsa di Atlanta 1996.

helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sepanjang penyertaan pada Sukan Olimpik, skuad badminton adalah penyumbang utama pingat buat kontinjen Malaysia.

Dalam tiga edisi terakhir, skuad badminton tidak pernah pulang dengan tangan kosong.

Pada 2008 di Beijing, Datuk Lee Chong Wei menghadiah­kan pingat perak dalam acara perseorang­an lelaki sebelum mengulangi­nya pada 2012 di London.

Sejarah tercipta di bumi Brazil empat tahun kemudian apabila skuad badminton berjaya membawa pulang tiga pingat perak menerusi Chong Wei, Goh V Shem-tan Wee Kiong (beregu lelaki) dan Chan Peng Soon-goh Liu Ying (beregu campuran).

Ketika kali pertama badminton dipertandi­ngkan pada temasya terbesar dunia itu pada 1992 di Barcelona, gandingan beregu lelaki, Datuk Seri Jalani Sidekdatuk Razif Sidek berjaya memenangi gangsa.

Di Atlanta pada 1996, beregu lelaki, Datuk Cheah Soon Kit-yap Kim Hock memenangi perak manakala perseorang­an lelaki, Datuk

Rashid Sidek meraih gangsa.

Berdasarka­n sejarah pencapaian itu, skuad badminton negara sememangny­a memiliki reputasi besar di temasya berprestij itu.

Berbaki 10 hari menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan bermula 23 Julai ini, misi skuad negara adalah untuk meneruskan legasi cemerlang di pentas utama dunia berkenaan.

Kecuali Peng Soon-liu Ying yang akan turun buat kali ketiga, cabaran Malaysia kali ini digalas muka baharu yang akan membuat penampilan pertama.

Malaysia mempunyai wakil dalam lima acara yang dipertandi­ngkan dengan Lee Zii Jia beraksi dalam acara perseorang­an lelaki, Soniia Cheah (perseorang­an wanita), Aaron Chia-soh Wooi Yik (beregu lelaki), Chow Mei Kuan-lee Meng Yean (beregu wanita) dan Peng Soon-liu Ying (beregu campuran).

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak meletakkan sebarang sasaran khusus buat skuad negara pada temasya kali ini dengan fokus utama adalah terhadap misi meraih emas pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Bagaimanap­un, Rashid percaya rentak kecemerlan­gan skuad badminton di pentas Olimpik mampu diteruskan biarpun kali ini rata-ratanya dibarisi muka baharu.

“Atas kertas memang sukar untuk kita meraih pingat kerana kali ini pemain yang beraksi adalah pemain muda kecuali Peng Soon-liu Ying.

“Namun, Sukan Olimpik sentiasa menjadi medan kejutan buat pemain bukan pilihan dan ia sudah terbukti sebelum ini.

“Saya lihat peluang kita untuk meraih pingat kali ini menerusi Zii Jia dan Aaron-wooi Yik.

“Zii Jia sudah membuktika­n yang dia mampu bersaing dengan pemain utama dunia apabila menjuarai Seluruh England (Mac lalu) dan ia pastinya memberi motivasi dan meningkatk­an tahap keyakinann­ya.

“Aaron-wooi Yik pula boleh dianggap sebagai pasangan masa depan tetapi mereka ini memiliki potensi mencipta kejutan seperti mereka lakukan ketika ke final Seluruh England 2019.

“Kemampuan Peng Soon-liu Ying pula kita tidak boleh perkecilka­n kerana mereka adalah pasangan berpengala­man apatah lagi memenangi perak di Rio. Walaupun kini tidak diletakkan sandaran, tetapi beraksi tanpa tekanan mungkin boleh membantu mereka mencipta sesuatu,” katanya.

Acara badminton akan berlangsun­g di Musashino Forest Sport Plaza bermula 24 Julai hingga 2 Ogos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia