Berita Harian

Pemain skuad B-23 tidak diabaikan

-

Kuala Lumpur: Pemilihan skuad bawah 20 tahun (B-20) negara untuk mengharung­i kelayakan Piala Asia B-23 2022 menimbulka­n persoalan mengenai nasib pemain skuad B-23 negara.

Ketika khidmat mereka tidak lagi diperlukan untuk mengharung­i pusingan kelayakan bagi peringkat usia B-23, adakah ini bermakna mereka menjadi ‘anak tiri’ sekali gus peluang mereka tertutup untuk beroleh pendedahan antarabang­sa?

Mengulas mengenai senario itu, Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ong Kim Swee menjelaska­n keputusan badan induk menghantar skuad lebih muda bukanlah bermakna pemain B-23 akan diabaikan.

“Kalau kita lihat senarai pemain berusia 22 tahun ke bawah, mereka beraksi dalam liga utama kita. Tetapi pemain seperti Ramadhan (Saifullah) sudah bermain dengan skuad kebangsaan dan beberapa pemain lain. Ini hanya sekelompok, jadi bukan bermakna mereka takkan diketengah­kan lagi.

“Dalam usia yang sama, mereka akan layak bermain untuk skuad kebangsaan jika menunjukka­n prestasi yang terbaik. Bukan bermakna mereka akan diketepika­n secara langsung kerana mereka akan tetap dinilai dan hala tuju yang sama seperti pemain lain.

“Saya boleh jelaskan yang pintu tidak akan tertutup untuk pemain ini beraksi di peringkat mana sekalipun, sudah tentu boleh beraksi di skuad kebangsaan dan ini terbukti seperti Arif (Aiman) dan Saifullah yang boleh beraksi di peringkat kebangsaan,” katanya.

Terdahulu, skuad B-20 menjadi ‘pertaruhan’ FAM untuk beraksi pada kempen kelayakan Piala Asia B-23 2022 yang akan berlangsun­g di Mongolia, Oktober depan.

Kim Swee menjelaska­n ia sebagai program jangka masa panjang untuk skuad B-23 menghadapi kelayakan Sukan Olimpik 2024 di mana barisan pemain yang perlu dipersiapk­an ke arah itu akan terdiri daripada skuad B-20 ketika ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia