Berita Harian

Malaysia terima 2 juta lagi dos vaksin hujung bulan ini

PM yakin negara mampu capai imuniti kelompok sebelum akhir tahun

-

Kadar vaksinasi harian yang melebihi 420,000 dos kelmarin, adalah berita terbaik untuk negara dalam usaha mencapai tahap imuniti kelompok sebelum akhir tahun ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ini berita baik kerana ia (kadar vaksinasi harian itu) antara tertinggi di dunia dan kalau kita ikut fasa vaksinasi, saya jangka kita boleh capai untuk hampir semua yang perlu divaksinas­i selesai sebelum akhir tahun ini dan nampaknya proses ini berjalan lancar,” kata Perdana Menteri kepada media selepas melawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, semalam.

Untuk itu, Perdana Menteri turut mengarahka­n Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin untuk membeli mana-mana vaksin yang sedia ada.

“Walaupun kita telah beli lebih tapi lambat sampai. Kalau ada lain yang boleh bekal contohnya, Pharmaniag­a boleh bekal tambahan dua ke tiga juta dos, kita akan beli. Ini komitmen kerajaan Perikatan Nasional,” katanya.

Kelmarin, jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 negara mencecah rekod tertinggi iaitu sebanyak 421,479 dos dengan pemberian dos pertama sebanyak 264,034 manakala dos kedua pula sebanyak 157,445 suntikan.

Muhyiddin berkata, rekod menunjukka­n peningkata­n pemberian vaksin akan menurunkan kes dan ekonomi negara boleh meningkat.

“Langkah yang sudah kita ambil ini agak berkesan dan saya yakin dengan sokongan semua pihak (kita) akan dapat mengatasi masalah ini,” kata Perdana Menteri sambil menambah bahawa beliau yakin negara akan memasuki ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi.

Dalam usaha menangani situasi jangkitan COVID-19 di Lembah Klang, Muhyiddin berkata beliau pada dasarnya bersetuju dengan permohonan sebanyak RM1.1 bilion daripada Kementeria­n Kesihatan (KKM) bagi meningkatk­an keupayaan petugas barisan hadapan.

Beliau berkata, jumlah itu dimohon Ketua Setiausaha KKM bagi pihak Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Chong Chee Kheong dan Kementeria­n Kewangan sudah diminta supaya mempercepa­tkan kelulusan.

“Kita minta supaya runding cepat dengan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan supaya peruntukan yang dibuat secara berfasa itu dapat diluluskan dengan seberapa segera.

“Dengan tindakan sebegini saya harap situasi di Lembah Klang ini dapat kita uruskan dan tidaklah mencanak naik kes yang mana semalam (kelmarin) pun turun sikit. Harapan kita agar akan terus turun kepada kadar lebih rendah,” katanya.

Bagi pengurusan COVID-19 di Lembah Klang, Muhyiddin berkata, peruntukan sebanyak RM100 juta ditambah bagi aktiviti penyumbera­n luar dan RM20 juta untuk pengurusan kesihatan mental.

Selain itu, katanya, peruntukan tambahan juga diberi untuk penambahan ruang di hospital di Selangor sebanyak RM5 juta dan bayaran elaun COVID-19 bagi kakitangan di unit rawatan rapi (ICU) sebanyak RM1,000 sebulan.

“Kerajaan juga bersetuju bagi penyediaan taska atau sewa bangunan untuk menempatka­n anak petugas barisan hadapan dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta dan Pusat Kuarantin Khas bagi petugas barisan hadapan dengan peruntukan sebanyak RM2 juta,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Muhyiddin berkata, sebanyak dua juta dos vaksin COVID yang dijangka tiba hujung bulan ini akan diagihkan ke kawasan Lembah Klang meliputi Selangor dan Kuala Lumpur serta Negeri Sembilan untuk mula digunakan, awal Ogos ini.

Beliau berkata, agihan itu akan dibuat bagi membantu mempercepa­tkan usaha mengawal penularan COVID-19 di kawasan berisiko tinggi.

Beliau berkata, bagi tujuan sama, semua Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) sedia ada akan dioperasik­an pada setiap hari dengan tambahan petugas yang diuruskan KKM. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Sebanyak dua juta dos vaksin COVID-19 yang dijangka tiba hujung bulan ini akan diagihkan ke Lembah Klang meliputi Selangor dan Kuala Lumpur serta Negeri Sembilan untuk digunakan pada awal Ogos ini. Ia diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas melawat wad kecemasan COVID-19 Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, semalam.
(Foto BERNAMA) Sebanyak dua juta dos vaksin COVID-19 yang dijangka tiba hujung bulan ini akan diagihkan ke Lembah Klang meliputi Selangor dan Kuala Lumpur serta Negeri Sembilan untuk digunakan pada awal Ogos ini. Ia diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas melawat wad kecemasan COVID-19 Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, semalam.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Muhyiddin mengadakan lawatan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, semalam.
(Foto BERNAMA) Muhyiddin mengadakan lawatan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia