Berita Harian

Mohamad dilantik Pengarah Pilihan Raya UMNO ganti Tajuddin

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

Ipoh: Kerajaan menganggar­kan kira-kira 200 rakyat Malaysia di Arab Saudi layak menunaikan haji tahun ini untuk diberi penerangan dalam masa terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-bakri.

Beliau berkata, sesi penerangan khas yang dijangka esok itu selaras dengan keputusan Arab Saudi untuk memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke negara berkenaan seperti diumumkan kelmarin.

“Tahun ini tiada jemaah haji kecuali yang menetap di sana. Jadi kami akan membuat satu sidang video dengan bakal jemaah haji Malaysia yang berada di Arab Saudi.

“Insya-allah kalau tiada aral, Khamis ini (esok) sesi berkenaan akan diadakan. Ia penting untuk kami kenal pasti berapa sebenarnya jumlah jemaah haji selain memberi semangat dan sokongan kepada mereka.

“Angka (jumlah) setepatnya belum ada lagi kerana ada yang sudah merujuk kepada Lembaga Tabung Haji yang telah pun mengambil inisiatif membuat kursus secara dalam talian kepada mereka yang bakal menunaikan haji tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas memberi sumbangan bakul makanan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kepada golongan memerlukan di sini, semalam.

Kelmarin dilaporkan, kerajaan Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi memasuki negara itu dan berita itu dikongsi Zulkifli menerusi perkongsia­n di laman Facebook rasmi beliau.

Zulkifli turut berkongsi pautan ke laman sesawang Kementeria­n Kesihatan Arab Saudi https://eservices.moh.gov.sa untuk rujukan permohonan masuk ke negara itu.

Dengan perkembang­an terbaru itu, Arab Saudi kini mengiktira­f enam jenis vaksin bagi COVID-19 iaitu Pfizer-biontech, Moderna, Astrazenec­a, Janssen, Sinopharm dan Sinovac.

Sebelum ini, Kerajaan Arab Saudi dilaporkan membuat ketetapan hanya jemaah yang menerima vaksin jenis Pfizer dan Astrazenec­a dibenar menunaikan haji sekali gus menimbulka­n keresahan rakyat Malaysia yang menerima vaksin Sinovac.

Ditanya mengenai keperluan sama ada jemaah haji perlu mengambil dos tambahan, Zulkifli berkata perkara itu akan diputuskan kemudian. BERNAMA

Pelantikan ganti Tajuddin berkuat kuasa serta-merta

Kuala Lumpur: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya parti berkuat kuasa serta-merta.

Pelantikan itu bagi menggantik­an Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr

Kuala Lumpur: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kebisingan politik yang semakin menjadi-jadi ketika ini dipadamkan buat sementara waktu sehingga ancaman pandemik COVID-19 dilandaika­n.

Presidenny­a, Abdul Halim Husin, berkata perkembang­an ekonomi dan politik mutakhir ini berpotensi memberi pukulan maut buat komuniti niaga Melayu yang sebahagian besarnya sudah nyawa-nyawa ikan.

“Tidak akan ada bencana lebih besar buat Malaysia selain daripada membiarkan pertembung­an antara tsunami politik dan gelombang keempat pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, pengurusan pandemik negara ketika ini agak kelam kabut terutama apabila ada keputusan antara kementeria­n yang sering berubah-ubah akibat tekanan pihak tertentu demi kepentinga­n masing-masing.

“Ini menyebabka­n kurangnya ketegasan dalam melaksanak­an ketetapan atau perintah yang dibuat. Sikap ‘kerajaan tahu semua’ sehingga sanggup memencilka­n suara-suara yang mewakili kepentinga­n rakyat, sehingga menjurus kepada keputusan berat sebelah, acap kali terpaksa diperbetul­kan sehingga menjejaska­n kredibilit­i kerajaan.

Ahmad Zahid Hamidi, berkata penstruktu­ran semula Jabatan Pilihan Raya UMNO itu adalah untuk memperkuku­hkan organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi.

“Mohamad yang menjalanka­n tugas sebagai Pengerusi War Room Barisan Nasional (BN) dan UMNO, diamanahka­n sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ahmad Zahid berkata, kedudukan Mohamad sebagai Timbalan Pengerusi BN akan memudahkan proses membuat keputusan dalam soal persiapan pilihan raya yang membabitka­n semua parti komponen.

“Rakyat juga menjadi mangsa kurangnya kesepakata­n antara agensi. Sikap Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) yang seolah-olah tidak sabar untuk membuka sehingga 80 peratus industri dalam kenyataann­ya baru-baru ini jelas bercanggah dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Satu yang masih dan sedang berkuat kuasa terutama di kawasan yang dikenakan PKPD.

“Tindakan sedemikian mengecewak­an rakyat setempat dan seluruh negara yang sudah memberikan komitmen selama PKP 3.0 dilaksanak­an sejak 12 Mei lalu. Pengorbana­n apakah yang harus dilakukan oleh peniaga mikro, kecil dan sederhana demi kelangsung­an hidup yang semakin terjejas,” katanya.

Katanya, tindakan yang mengeliruk­an dan tidak konsisten ini bukan saja menekan rakyat,

Justeru, beliau berkata, UMNO merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Tajuddin yang sebelum ini menggalas amanah sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO.

Tajuddin sebelum ini dilantik ke jawatan itu pada 4 November tahun lalu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Baru-baru ini tular rakaman audio didakwa mirip suara Tajuddin ketika mesyuarat MKT UMNO pada Rabu lalu yang menyifatka­n keputusan parti itu menarik sokongan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika rakyat bergelut dengan krisis COVID-19, sebagai tidak wajar.

Mohamad Hasan

tetapi akhirnya merugikan kerajaan juga.

“Masa kini, bukan saja rakyat B40 yang sedang menderita malahan sebahagian besar M40 sudah layak dikategori­kan sebagai B40 menjadikan B60. Bahkan terkini, sudah mulai kedengaran tuntutan daripada T20 pula supaya mereka juga layak untuk menerima bantuan daripada PPN. Ini tanda sakit ekonomi yang perlu diubati dan dipulihkan segera,” katanya.

Beliau berkata, DPMM menyaranka­n semua pihak berganding usaha memperbaik­i keadaan yang wujud dengan kerajaan perlu memastikan peruntukan RM150 bilion diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, dilaksana melalui program pemulihan yang betul serta dibelanjak­an dengan berhemat.

Dalam pada itu, DPMM katanya menghargai usaha dilakukan Kementeria­n Kesihatan (KKM)

Presiden UMNO dan Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam meningkatk­an program vaksinasi yang kini, berupaya melakukan 350,000 suntikan sehari.

“Begitu juga dengan komitmen bekalan vaksin oleh negara pengeluar utama. Pencapaian ini hendaklah diteruskan serta digandakan lagi supaya matlamat imunisasi 80 peratus (satu dos) dapat dicapai menjelang Ogos ini malahan lebih awal lagi,” katanya.

Katanya, pihak berwajib hendaklah bertindak secara seragam dan seiringan bagi memastikan kes jangkitan di bawah 6,000 sehari secara konsisten, apatah lagi untuk menurunkan angka itu ke bawah 4,000 bagi melepasi Fasa Satu PPN.

“Sepertiman­a yang kita ketahui sekarang ini ancaman varian baru seperti Delta, Lambda, serta peningkata­n kadar jangkitan secara sporadik yang sudah mencecah 80 peratus dalam kalangan kluster- tertentu.

“Akta 446 (Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446)) mesti dikuatkuas­akan dan dipatuhi sepenuhnya sebelum keputusan untuk membuka kilang atau mana-mana sektor industri diluluskan.

“Sekiranya gagal kali ini, kita akan selamanya gagal untuk mencari jalan keluar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia