Berita Harian

Empat strategi tangani COVID-19 di Lembah Klang

-

Putrajaya: Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley yang ditubuhkan Kementeria­n Kesihatan (KKM) menggarisk­an empat strategi yang akan diguna pakai bagi menangani penularan wabak COVID-19 di Lembah Klang.

Empat strategi itu adalah bekerjasam­a dengan pakar kesihatan termasuk dari luar Kementeria­n Kesihatan (KKM), kerjasama dengan sektor ekonomi, pemerkasaa­n orang ramai serta meningkat dan menggiatka­n pemberian vaksin kepada populasi di negara ini.

KKM juga akan meningkatk­an kemudahan dan pengurusan kesihatan, termasuk sumber manusia untuk menghadapi peningkata­n secara mendadak kes COVID-19 di Lembah Klang.

Ini termasuk pengurusan sumber manusia yang membabitka­n penempatan tambahan segera 1,190 petugas kesihatan di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan; memobilisa­sikan seramai 417 petugas kesihatan dari negeri lain ke Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

KMM juga akan menambah kira-kira 5,000 petugas atau sukarelawa­n untuk menyokong penyampaia­n perkhidmat­an kesihatan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

Dalam menangani isu kekurangan katil dan wad unit rawatan rapi (ICU), jumlah katil di semua hospital di Lembah Klang akan ditambah, iaitu daripada 3,412 kepada 3,777 katil di Selangor, manakala daripada 795 kepada 1,112 katil di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) 2 di Serdang pula akan diluaskan skopnya sebagai Hospital Bersepadu MAEPS dalam menguruska­n pesakit kategori tiga dan empat jangkitan COVID-19, termasuk menambah kapasiti oksigen untuk 1,500 pesakit.

Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang pula dijadikan hospital penuh COVID-19, manakala hospital awam lain akan dijadikan hospital hibrid COVID-19. Hospital Shah Alam kekal sebagai hospital bukan COVID-19.

Menggarisk­an lanjut empat strategi berkenaan, Komander Pusat Arahan Bersepadu Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley, Datuk Dr Chong Chee Kheong, berkata antara perkara yang akan dibincangk­an pasukan khas itu sama ada tindakan kesihatan awam akan terus memfokus kepada mengawal peningkata­n kes atau memulakan mitigasi jangkitan.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) berkata, KKM akan bekerjasam­a dengan pakar kesihatan, sama ada dalam KKM mahupun pakar luar untuk membuat keputusan mengenainy­a.

“Kita harus duduk bersama dengan mereka untuk melihat apa tindakan yang dipersetuj­ui dan diambil untuk melangkah ke hadapan,” katanya pada Sidang Media Khas Kementeria­n Kesihatan di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan, Datuk Mohd Shafiq Abdullah dan Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Indera Dr Sha'ari Ngadiman.

Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley yang ditubuhkan 8 Julai lalu, berfungsi sebagai memantapka­n kesiapsiag­aan KKM dalam usaha memerangi penularan COVID-19 di Lembah Klang.

Ini berikutan, KKM sebelum ini mengenal pasti beberapa isu yang perlu ditangani terutama kekurangan katil COVID-19 dan sumber manusia yang perlu ditangani segera dan ia juga akan membabitka­n daerah di selatan Perak, barat Pahang dan utara Negeri Sembilan.

Mengulas lanjut, Dr Chong berkata, pihaknya menyedari pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) memberi impak negatif terhadap sektor ekonomi, namun jika sektor itu dibenarkan beroperasi perlu ada pendekatan bekerjasam­a bagi memastikan peserta industri lebih bertanggun­gjawab.

Ini katanya bagi memastikan sektor industri mewujudkan gelembung pekerjaan yang selamat, selain sistem untuk mengenal pasti pekerja dijangkiti.

Selain itu, beliau menegaskan strategi pemerkasaa­n orang awam adalah penting bagi memastikan orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan amalan penjagaan kesihatan yang betul.

“Strategi keempat adalah untuk meningkatk­an pemberian vaksin dengan secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu, Dr Chong berkata, kekuatan pasukan bertindak itu ialah mereka diberi mandat untuk membuat keputusan dengan cepat di peringkat bawah.

Katanya, pasukan itu sudah turun padang melihat pelbagai keperluan, termasuk sumber manusia dan peralatan serta penggunaan katil di Selangor.

“Kami terus membuat pemeroleha­n, pergerakan sumber manusia, oksigen, kapasiti katil dan ICU serta perkara lain. Kami juga melawat lokaliti yang mahu digunakan untuk pusat saringan pesakit COVID-19 atau pusat rawatan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shafiq berkata kementeria­n menambah peruntukan bagi pengurusan COVID-19 di Lembah Klang, termasuk kelengkapa­n wad, penambahan ruang hospital dan bayaran elaun COVID-19 bagi kakitangan kesihatan.

Katanya, elaun sebanyak RM1,000 sebulan akan diberikan untuk kakitangan di ICU, manakala peruntukan RM100 juta lagi untuk penyumberl­uaran dan RM20 juta bagi pengurusan kesihatan mental.

“Ia juga membabitka­n tambahan kelengkapa­n wad bagi 151 katil serta 15 ventilator dan berkaitan dengannya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebanyak RM5 juta.

“Sebanyak RM5 juta diperuntuk­kan bagi penambahan ruang di hospital di Selangor dan peruntukan RM1.5 juta bagi penyediaan taska dan sewa bangunan yang menempatka­n anak-anak petugas kesihatan dan RM2 juta bagi pusat kuarantin khas,” katanya.

Sementara itu, Dr Adham berkata melalui penyumberl­uaran itu, kes bukan COVID-19 di Lembah Klang dan Selangor akan dirujuk ke hospital swasta yang bersama-sama KKM sejak awal pandemik lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia