Berita Harian

CAC di Selangor akan dinilai semula serta ditambah baik

-

Putrajaya: Pengurusan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Selangor akan dinilai dan tambah baik, khususnya berkaitan proses pendaftara­n pesakit, bekalan tangki oksigen dan penambahan bilangan petugas kesihatan.

Antara yang akan dinilai dalam tempoh dua minggu ini adalah CAC Andalas, Klang yang baru dibuka selepas dipindahka­n dari CAC Taman Botanik.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman, berkata Kementeria­n Kesihatan (KKM) sedang membuat anggaran jumlah kakitangan yang perlu ditambah dan dimobilasi ke CAC di seluruh Selangor.

“Kita sudah mengecilka­n pengoperas­ian di beberapa pusat kesihatan termasuk kes rawatan kes kronik sehingga 25 peratus. Malah, kita membuka 27 CAC di Selangor pada setiap hari serta memobilasi­kan petugas-petugas kesihatan.

“Kita juga menambah kelengkapa­n seperti khemah dan kerusi untuk memudahkan pesakit yang hadir, malah kita turut mendapat bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) untuk bantu menguruska­n makanan serta kebajikan pesakit,” katanya pada sidang media khas KKM, di sini semalam.

Dr Sha'ari menambah, pihaknya akan memastikan CAC dilengkapi dengan oksigen yang mencukupi dan pesakit mendapatka­n bantuan oksigen sebelum dirujuk ke hospital,

Katanya, penyertaan CAC swasta juga sedang dipertimba­ngkan untuk dibuka di Selangor.

Mengenai CAC Andalas yang menjadi tular kelmarin, beliau berkata ia berpunca daripada kehadiran pesakit yang melebihi had yang mampu ditampung oleh pusat itu sendiri.

Beliau berkata, CAC Andalas baru beroperasi bagi menggantik­an CAC Taman Botanik dengan keluasan yang lebih besar dan mampu menampung sehingga 1,000 orang.

“Tetapi yang datang semalam (kelmarin) adalah melebihi 1,900 orang dan itu menimbulka­n kegusaran orang awam di sekitar kawasan itu.

“Justeru, pihak Pejabat Kesihatan Daerah sudah berbincang dengan Pegawai Daerah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pihak berkuasa tempatan untuk membuat penambahba­ikan termasuk menjaga lalu lintas.

“Namun, kita akan nilai keadaan ini dalam tempoh dua minggu ini sama ada ia perlu dipindahka­n,” katanya.

Mengenai kesesakan di CAC Stadium Melawati, Shah Alam, Dr Sha'ari berkata, jumlah kehadiran pesakit juga meningkat secara mendadak kelmarin.

CAC Melawati merekodkan kehadiran 4,483 orang kelmarin, berbanding purata 1,500 orang sehari sebelum ini.

 ?? (Foto Faiz Anuar/bh) ?? Keadaan di CAC Dewan Taman Sri Andalas, Klang tidak lagi sesak seperti dilaporkan kelmarin ketika tinjauan, semalam.
(Foto Faiz Anuar/bh) Keadaan di CAC Dewan Taman Sri Andalas, Klang tidak lagi sesak seperti dilaporkan kelmarin ketika tinjauan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia