Berita Harian

Jemaah Menteri bincang isu rayuan doktor kontrak

-

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berbincang dengan Jemaah Menteri berhubung rayuan doktor kontrak yang mahu dilantik ke jawatan tetap dalam sektor perkhidmat­an awam.

Beliau berkata, perkara itu perlu dibincang dengan teliti kerana ia membabitka­n kos tinggi iaitu lebih RM2 bilion kepada kerajaan.

“Ada rayuan daripada doktor-doktor kontrak, jadi kertas cadangan oleh Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri.

“Kalau kita hendak (tunaikan permintaan) itu ia akan babitkan kos yang tinggi lebih dari RM2 bilion dalam keadaan sekarang ada keterbatas­an sikit, jadi kita tengoklah macam mana keadaan yang dapat kita atasi.

“Mereka meminta untuk dijadikan jawatan tetap dan sebagainya, ini saya sudah minta untuk dibawa ke Jemaah Menteri kerana kita akan bincang apa keputusan yang munasabah,” katanya selepas melawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, sebelum ini berkata, beliau meminta doktor kontrak supaya bersabar sementara isu dihadapi mereka dibincangk­an dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia