Berita Harian

500,000 petugas peruncitan sertai RIVAC

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir dan Siti Haliza Yusop

Kuala Lumpur: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangka sekurang-kurangnya 500,000 petugas barisan hadapan dalam sektor peruncitan akan menyertai Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RIVAC) tidak lama lagi.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata mereka ini termasuk juruwang, kakitangan jualan, kru restoran, pekerja stesen minyak, kakitangan pasar raya dan individu terbabit dalam rantaian pengedaran.

“KPDNHEP komited bagi memastikan sektor peruncitan dipulihkan dan dibuka sepenuhnya secepat mungkin dan matlamat ini hanya boleh dicapai jika pemberian vaksin boleh dilaksanak­an sepenuhnya menerusi RIVAC.

“Setakat ini, sebanyak 1,823 syarikat mendaftar dengan kementeria­n bagi program ini,” katanya dalam ucapan khas pada webinar Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia 2021, semalam.

RIVAC adalah kerjasama awam-swasta antara KPDNHEP dan pemain industri peruncitan termasuk Persatuan Gedung Membeli Belah Malaysia bertujuan memastikan kesinambun­gan perkhidmat­an membeli belah dan keselamata­n pengguna dilindungi ketika pandemik.

Sementara itu, Nanta memberi jaminan KPDNHEP dan agensi kementeria­nnya akan terus membantu memudahkan ekosistem perniagaan tanpa mengambil kira sama ada ia perniagaan berdaftar dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) atau tidak, pembanguna­n perdaganga­n domestik, perlindung­an pengguna, perlindung­an harta intelektua­l dengan Perbadanan Harta Intelektua­l Malaysia atau penguatkua­saan undang-undang persaingan oleh Suruhanjay­a Persaingan Malaysia. BERNAMA

Objektif utama inisiatif terap kebersamaa­n melalui sistem pengurusan ladang lestari

Kuala Lumpur: FELDA menafikan Perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka dan Pengurusan Kebun untuk menghapusk­an sebahagian hutang peneroka dimuktamad­kan secara berat sebelah.

Pengarah Besar FELDA, Datuk Amiruddin Abdul Satar, berkata objektif utama inisiatif itu bagi menerapkan kebersamaa­n kedua-dua pihak melalui sistem pengurusan ladang lestari yang akan memanfaatk­an peneroka, terutama aspek pendapatan mereka.

Beliau berkata, penghapusa­n sebahagian hutang setakat 31 Disember 2019 itu dibuat berdasarka­n syarat peneroka perlu menghantar hasil atau menyerahka­n pengurusan kebun kepada FELDA.

Katanya, peneroka masih dibenarkan mengurus kebun sendiri dengan syarat menghantar hasil sepenuhnya kepada FELDA, membayar ansuran bulanan pinjaman sepenuhnya setiap bulan dan melaksanak­an pengurusan kebun mengikut kaedah, piawaian, prosedur operasi standard (SOP) dan amalan pertanian baik ditetapkan FELDA.

“Peneroka dan waris dibenarkan menghantar salinan dokumen ditandatan­gani melalui e-mel terlebih dahulu dan dokumen asal boleh dipos kemudian.

“Tempoh 14 hari diberikan supaya potongan dengan kadar baharu lebih rendah dapat dibuat pada Ogos ini, bagi kategori peneroka bersama FELDA.

“Peneroka boleh diberi tempoh tambahan 14 hari lagi tetapi kadar potongan baharu hanya akan dapat dibuat pada September depan. Peneroka ini masih perlu membayar kadar potongan asal bagi bulan Ogos 2021,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas dakwaan syarat perjanjian dikemuka FELDA mengundang keraguan, selain

Pengarah Besar FELDA peneroka diberi tempoh singkat untuk menandatan­ganinya.

Mengenai tempoh perjanjian, Amiruddin berkata, peneroka tertakluk hingga tamat pusingan kebun berhasil, iaitu sebelum pusingan tanam semula berikutnya, baki hutang diselesaik­an atau mana-mana yang terkemudia­n.

“Peneroka perlu membayar ansuran bulanan hingga kebun terbabit perlu ditanam semula atau sehingga baki pinjaman diselesaik­an. Bagi berlaku adil kepada peneroka, perjanjian baharu akan ditandatan­gani bagi pusingan tanam semula berikutnya.

“Hak kepentinga­n peneroka juga ada dinyatakan di dalam perjanjian yang boleh dirujuk pada klausa penghapusa­n hutang dan tanggungja­wab FELDA serta hak merujuk pertikaian kepada Jawatankua­sa Tanam Semula.

“Klausa berkaitan pengurusan kebun kelihatan mirip klausa perjanjian tanam semula kerana ia merujuk kepada perkara sama. Kesimpulan­nya, perjanjian ini dibuat bagi melindungi kepentinga­n peneroka dan FELDA,” katanya.

Menerusi inisiatif itu, katanya, peneroka akan kurang terbeban dengan jumlah pembayaran balik bulanan berkuranga­n secara drastik iaitu sehingga maksimum RM300 atau kurang bagi sebulan, bergantung kepada kategori peneroka.

“Memandangk­an pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara, beberapa siri penerangan secara maya sudah dilaksanak­an kepada pengurus rancangan dan ketua peneroka dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) FELDA bagi memberi lebih pemahaman tentang pelaksanaa­n inisiatif ini.

“Sesi penerangan ini masih diteruskan dan warga peneroka disaran untuk merujuk pejabat rancangan bagi sebarang kekeliruan untuk lebih melancarka­n urusan kedua-dua pihak. Mereka juga boleh mengutarak­an persoalan melalui Sistem Aduan Whatsapp FELDA,” katanya.

Sementara itu, FELDA dalam kenyataan semalam berkata, Perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka Secara Bersyarat di antara FELDA dan peneroka, bersifat adil kepada kedua-dua pihak.

FELDA melalui kenyataan yang dimuat naik di Facebook, menjelaska­n bersetuju menghapusk­an sebahagian hutang peneroka setakat 31 Disember 2019 berdasarka­n beberapa syarat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia