Berita Harian

KSM sedia panduan pengudaraa­n, kualiti udara dalaman

-

Putrajaya: Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) menerusi Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) membangunk­an satu Panduan Pengudaraa­n dan Kualiti Udara Dalaman (IAQ) bagi membantu mengurangk­an penularan virus COVID-19 melalui udara.

Menurut KSM dalam kenyataan semalam, objektif panduan itu adalah untuk memaklumka­n kepada masyarakat mengenai kaedah menambah baik pengudaraa­n dan kualiti udara dalaman di tempat kerja, kemudahan kesihatan, kediaman dan tempat awam.

Langkah umum yang disarankan dalam panduan terbabit antaranya meningkatk­an kadar pengudaraa­n, mengurangk­an jumlah penduduk dalam bangunan, membuka tingkap atau pintu, menggunaka­n pembersih udara boleh alih dan meningkatk­an kemasukan udara segar dari luar bangunan.

“Antara saranan spesifik pula adalah menggunaka­n penapis udara yang mempunyai nilai Minimum Efficiency Reporting Value (MERV) 13 atau 14, atau penapis High Efficiency Particulat­e Air (HEPA) bagi meningkatk­an pertukaran udara dan menggunaka­n kipas.

“Panduan ini perlu dirujuk bersama prosedur operasi standard (SOP) terkini yang dikeluarka­n oleh Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan langkah kawalan lain untuk mengurangk­an penularan wabak,” katanya.

Panduan itu dibangunka­n berdasarka­n kepada Tataamalan Industri Kualiti Udara Dalaman 2010 dikeluarka­n JKKP dan dokumen setara yang diterbitka­n pihak berkuasa negara lain serta organisasi antarabang­sa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Menurut KSM, panduan serta infografik­nya sudah mendapat persetujua­n Mesyuarat Jawatankua­sa Teknikal Menteri Pertahanan Bilangan 25 Tahun 2021 pada 7 Julai lalu dan diluluskan oleh Sidang Khas MKN pada 8 Julai. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia