Berita Harian

Kes Ahmad Maslan pindah ke Mahkamah Tinggi

- Oleh Nor Azizah Mokhtar

Kuala Lumpur: Kes Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan yang didakwa gagal mengisytih­arkan wang RM2 juta diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan memberi pernyataan palsu, akan dibicaraka­n di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad ketika dihubungi media, memaklumka­n bahawa Hakim Collin Lawrence Sequerah, semalam, membenarka­n permohonan Ahmad untuk dipindahka­n dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

“Mahkamah membenarka­n permohonan itu dengan alasan terdapat persoalan undang-undang yang timbul, terutama pertuduhan mengikut Seksyen 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFAPUA­A).

“Terdapat dua kes lain yang hampir sama dan dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi. Satunya kes Tan Sri Shahrir Abdul Samad (bekas Pengerusi FELDA),” katanya.

Katanya, permohonan untuk memindahka­n kes itu difailkan pada 28 Jun lalu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar, ketika dihubungi memaklumka­n, pihaknya tiada bantahan untuk kes dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi.

Pada prosiding terakhir yang berjalan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mahkamah menetapkan 5 hingga 8, 12 hingga 15 dan 26 hingga 29 Julai 2021 bagi perbicaraa­n kes berkenaan.

Dijangka, seramai 10 saksi akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraa­n itu.

Berdasarka­n pertuduhan pertama, Ahmad, 55, didakwa menerima wang RM2 juta daripada Najib, yang dipercayai sebagai hasil aktiviti yang menyalahi undang-undang, melalui cek Amislamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013, dan cek itu ditunaikan sendiri oleh Ahmad, pada hari sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 30 April 2014 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini.

Pertuduhan dikemuka mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 19 lelaki dituduh jadi ahli kumpulan jenayah terancang

Kuala Lumpur: Seramai 19 ahli kumpulan Geng Sakai, didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini semalam atas tuduhan menganggot­ai kumpulan jenayah terancang.

Mereka yang didakwa ialah Rosli Sahak, Mohamad Faisal Mohamaf Sharif, A Ravindran, A Uthayakuma­r, A Kumaresan, T Kumar, S Sathiaseel­an, N Tanasilan dan Thirumal Raj.

Turut didakwa, M Darshan, M Ravishanka­r, M Thinesh, S A Dineswaran, S Mohanraj, R Nantha Kumar, S Gobinath serta S Sagadevan, N Tannish dan G Sivanamtha­n.

Semua tertuduh yang berusia antara 18 hingga 47 tahun mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim M M Edward Paramjothy.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Sakai, antara Januari 2019 dan 20 Jun 2021, di Flat Seri Selangor, Jalan San Peng, di sini.

Pendakwaan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574), yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalik­an Timbalan

Kuala Lumpur: Seorang pemandu perkhidmat­an e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini semalam atas pertuduhan membuat penghantar­an komunikasi jelik, membabitka­n parti politik dan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri melalui aplikasi Facebook miliknya, Oktober tahun lalu.

Mahadi Mahbol, 36, didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantar­an satu komunikasi yang jelik sifatnya dengan

Pendakwa Raya, Mohd Farhan Aliff Ahmad dan Maryam Jamilah Ab Manaff.

Peguam T Harpal Singh, Jay May Wei Jiun, Wan Zaleha Abdul Wahab, Datuk Geethan Ram Vincent dan P Taneshwara­n mewakili semua tertuduh.

Terdahulu, Harpal memohon semua tertuduh dibenarkan ikat jamin dengan alasan penahanan mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak berperlemb­agaan.

Maryam membantah ikat jamin kerana pertuduhan di bawah SOSMA kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Ogos ini untuk sebutan semula dan keputusan sama ada semua tertuduh boleh dijamin.

Terdahulu, semua tertuduh tiba di perkaranga­n mahkamah pada jam 10.15 pagi dengan trak polis yang dikawal ketat sepasukan anggota Jabatan Siasatan niat untuk menyakitka­n hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunaka­n laman profil ‘Mahadi Bin Mahbol’ pada jam 2.10 petang, 15 Oktober 2020.

Pautan itu kemudian dibaca di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Menteri, Putrajaya, pada jam 5 petang, pada tarikh sama.

Pertuduhan dikemuka mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen

Jenayah Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff, berkata empat lagi ahli geng itu akan didakwa kemudian kerana disahkan positif COVID-19.

"Kertas siasatan sebelum ini dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan arahan diperoleh untuk tuduh seramai 23 orang mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang,” katanya.

Pada 20 Jun lalu, ini BH melaporkan polis menumpaska­n kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai Geng Sakai disyaki aktif dalam kegiatan pengedaran dadah, pemerasan, pembunuhan, kekerasan, jenayah harta benda dan pemilikan senjata api.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, dilaporkan berkata seramai 24 suspek berusia antara 14 hingga 233 (3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga didenda selanjutny­a RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa 47 tahun ditahan di sekitar ibu kota, Melaka, Negeri Sembilan, Perak serta Terengganu, dalam Operasi Fortress.

Dalam serbuan itu, katanya, polis turut merampas 318.6 gram (g) dadah jenis syabu dan 445.5g heroin bernilai RM9,000.

Selain itu, beliau berkata, polis merampas wang tunai sebanyak RM21,665 dan lima kenderaan mewah jenis Porsche Macan, Ford Ranger, Mercedes, BMW serta Mazda dengan keseluruha­n rampasan dianggarka­n bernilai RM1.73 juta.

Katanya, geng didalangi seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun dipanggil Sakai, dipercayai pengedar dadah utama yang mengawal kegiatan menjual bahan terlarang berkenaan di Flat San Peng, Jalan Hang Tuah, serta beberapa tempat lain sekitar ibu negara.

Azmi memaklumka­n, Sakai bersama ahli kumpulanny­a disyaki aktif dalam kegiatan jenayah sejak 2012.

Raya Zulaaikha Mohd Apandi menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Muhammad Azim Salih yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah, atas alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai pemandu e-hailing sejak dua tahun lalu. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Kenderaan polis membawa 19 ahli kumpulan Geng Sakai tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk dituduh di Mahkamah Sesyen, semalam.
(Foto BERNAMA) Kenderaan polis membawa 19 ahli kumpulan Geng Sakai tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk dituduh di Mahkamah Sesyen, semalam.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Mahadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto BERNAMA) Mahadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia