Berita Harian

Bapa Ebit Lew meninggal dunia

-

Kuala Lumpur: Bapa pendakwah terkenal, Ebit Lew, Ibrahim Lew meninggal dunia di Hospital Gleneagles, di sini, petang semalam.

Ebit berkata, jenazah bapanya dibawa pulang ke Muadzam Shah, Pahang untuk dikebumika­n.

Beliau memohon umat Islam menghadiah­kan al-fatihah kepada arwah bapanya.

“Innalillah­i wa inna ilaihi rajiun. Bapa tercinta baharu sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. Saya sayang bapa. Bapa pergi dulu, nanti Ebit sampai ya.

“Ya Allah ampunilah bapa. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapa dengan ibu dekat sana.

“Letakkanla­h mereka bersama. Ya Allah, inilah bapaku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku,” katanya di Facebook.

Minggu lalu, Ebit memaklumka­n Allahyarha­m menghidap kanser perut tahap akhir. Ketika itu, Allahyarha­m sempat memesan kepada Ebit supaya meneruskan kerja dan misi membantu orang yang memerlukan.

Langkah bagi perkukuh aspek biosekurit­i, keselamata­n makanan negara

Shah Alam: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sedang mengkaji cadangan mewujudkan Pusat Kuarantin Setempat atau One Stop Quarantine Centre (OSQC) bagi memperkasa­kan dan memperkuku­h aspek biosekurit­i dan keselamata­n makanan negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata cadangan penubuhan OSQC ini adalah rentetan risiko penyakit atau perosak yang dibawa bersama dagangan, yang mana OSQC dengan memenuhi standard antarabang­sa akan dikaji untuk dibangunka­n di pintu masuk negara.

Beliau berkata, perkara itu bagi memastikan setiap dagangan agromakana­n melalui proses pemeriksaa­n dan kuarantin yang komprehens­if di pintu masuk sebelum diimport masuk atau dieksport ke luar negara.

Secara umumnya, katanya, OSQC yang dicadangka­n itu akan mempunyai lima fungsi iaitu pengesanan virus/mikroorgan­isma, proses pembasmian kuman, pusat kuarantin, pensijilan kuarantin dan pencegahan aktiviti haram.

“Buat masa ini, negara tidak mempunyai satu pusat kuarantin setempat sebegini yang dilengkapi dengan teknologi terkini di setiap pintu masuk bagi membolehka­n pemeriksaa­n komprehens­if dilakukan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

“Selain pembanguna­n infrastruk­tur dan fasiliti, projek ini juga membabitka­n cadangan pembanguna­n sistem teknologi maklumat tersendiri untuk membantu proses kebolehkes­anan dan automasi akan digunakan,” katanya.

Dalam kenyataan sama, dimaklumka­n Ronald telah menyerahka­n produk daging sejuk beku yang dibawa masuk secara tidak sah dari pelbagai negara berjumlah 54 tan dengan nilai rampasan sebanyak RM1.5 juta kepada lapan jabatan dan agensi.

Produk sejuk beku diserahkan di Pelabuhan Klang semalam adalah hasil rampasan Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) yang dilucuthak­kan membabitka­n kes dari Februari sehingga April.

Beliau membuat penyerahan itu kepada wakil di bawah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), antaranya Zoo Taiping Perak, Zoo Melaka, pihak Lost World of Tambun Perak, National Wildlife Rescue Center (NWRC) Perak serta kepada pihak Penjara Penor Pahang, Penjara Pengkalan Chepa Kelantan dan Penjara Marang Terengganu.

“MAFI melalui MAQIS komited melaksanak­an tanggungja­wab sosial untuk membantu dan memberi sumbangan kepada mana-mana jabatan atau agensi yang memerlukan seperti pihak zoo dan pihak Penjara yang mana sitaan itu akan dijadikan sumber makanan ternakan ikan keli bagi projek rehabilita­si banduan di penjara serta sumber makanan haiwan di zoo dan pusat konservasi hidupan liar,” katanya.

BERNAMA

 ??  ?? Ronald Kiandee
Ronald Kiandee

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia