Berita Harian

Empat kena tahan bantu siasatan kes Macau Scam

- Oleh Juwan Riduan

Seremban: Polis menahan empat individu, termasuk seorang wanita dan remaja, semalam, bagi membantu siasatan kes penipuan Macau Scam ke atas juruteknik yang rugi RM470,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superinten­dan Aibee Ab Ghani, berkata penahanan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

“IPD Nilai membuat tiga serbuan di Pulau Pinang antara jam 9 malam hingga 4 pagi tadi (semalam) dan menahan empat individu bagi bantu siasatan bersabit kes penipuan Macau Scam.

“Antara ditahan, seorang remaja lelaki, 16, dari Sandakan, Sabah dan seorang wanita berusia 22 tahun beralamat di Gelugor, Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Polis sebelum ini menerima laporan seorang juruteknik kilang kerugian RM470,000 selepas terpedaya dengan ahli sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Mangsa lelaki berusia 57 tahun menerima panggilan daripada lelaki memperkena­lkan diri sebagai David Simon iaitu wakil LHDN Alor Setar, Kedah, 7 Julai lalu dan kemudian berurusan dengan individu lain dikenali sebagai Sarjan Sulaiman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembila

Op Kontraban turut berkas lelaki warga Indonesia

Lahad Datu: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah, merampas rokok dipercayai diseludup bernilai lebih RM3.2 juta dalam serbuan di sebuah gudang di Batu 3 1/2, Jalan Segama Lama, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan Op Kontraban kira-kira jam 10 malam itu, semua rokok jenis kretek dan putih berkenaan didapati disembunyi­kan di dalam gudang yang berkunci dan berpagar.

Komander Briged Sabah PGA, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail, berkata operasi dijalankan hasil kerjasama Batalion (BN) 17 PGA Lahad Datu dan BN 14 PGA Tawau.

Katanya, ketika diserbu, seorang lelaki warga Indonesia berusia 56 tahun yang dipercayai penjaga gudang berkenaan turut ditahan untuk membantu siasatan.

“Sebaik berjaya masuk ke dalam gudang berkenaan, pasukan serbuan menemui 2.36 juta batang rokok putih dan 1.7 juta batang rokok jenis kretek.

“Rokok ini dipercayai dibawa masuk tanpa kelulusan dan cukai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Abduh berkata, suspek dan semua rokok yang dirampas kemudian diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan selanjutny­a.

Katanya, suspek turut diarahkan menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum dimasukkan ke lokap Balai Polis Lahad Datu untuk membantu siasatan lanjut.

“Jumlah keseluruha­n rokok yang dirampas dianggarka­n bernilai RM3,207,952 berdasarka­n harga pasaran semasa,” katanya.

Mohd Abduh Ismail

 ?? (Foto ihsan PGA Briged Sabah) ?? PGA Briged Sabah menemui 2.36 juta batang rokok putih dan 1.7 juta batang rokok jenis kretek ketika menyerbu gudang di Batu 3 1/2, Jalan Segama Lama, Lahad Datu, kelmarin.
(Foto ihsan PGA Briged Sabah) PGA Briged Sabah menemui 2.36 juta batang rokok putih dan 1.7 juta batang rokok jenis kretek ketika menyerbu gudang di Batu 3 1/2, Jalan Segama Lama, Lahad Datu, kelmarin.
 ??  ?? Rokok seludup yang dirampas PGA Briged Sabah, kelmarin.
Rokok seludup yang dirampas PGA Briged Sabah, kelmarin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia