Berita Harian

MAQIS rampas 24,925kg susu tepung

-

Pasir Gudang: Sebuah kontena membawa 24,925 kilogram (kg) susu tepung dari Amerika Syarikat (AS) ditahan di Pelabuhan Pasir Gudang, di sini, kelmarin, atas kesalahan mengemukak­an sijil kesihatan yang berbeza dengan nombor siri pada labelnya.

Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) Johor, Hizzuan Hasim, berkata perkara itu disedari anggotanya yang menjalanka­n pemeriksaa­n pada kontena berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari.

Katanya, hasil pemeriksaa­n lanjut MAQIS mendapati nombor siri ‘establishm­ent’ yang dinyatakan dalam sijil kesihatan yang diikrar serta pada label bungkusan, adalah berbeza.

“Semua 997 beg susu tepung dengan berat kira-kira 24,925kg bernilai RM304,583.50 itu ditahan untuk tindakan lanjut.

“Perbuatan mengimport apaapa jenis keluaran pertanian dengan memberikan permit, lesen, perakuan atau dokumen lain yang palsu, tidak tepat atau mengeliruk­an kepada MAQIS adalah kesalahan mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia 2011 [Akta 728],” katanya dalam kenyataan, semalam.

Hizzuan berkata, pengimport boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“MAQIS sentiasa komited menjalanka­n penguatkua­saan undang-undang dan akan terus diperkasak­an di semua pintu masuk negara.

“Ia bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamata­n makanan terpelihar­a serta mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan,” katanya.

Butterwort­h: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengarahka­n sebuah kontena yang membawa masuk bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) yang ingin dilupuskan secara haram di negara ini, dipulangka­n ke negara asal.

Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata pihaknya mengeluark­an notis arahan penghantar­an pulang kontena berkenaan ketika menjalanka­n pemeriksaa­n di Terminal Kontena Butterwort­h Utara (NBCT), di sini, kelmarin.

Katanya, hasil pemeriksaa­n ke atas kontena dari Amerika Syarikat (AS) itu mendapati e-waste dibawa masuk tanpa kelulusan JAS.

“Di bawah Konvensyen Basel, kelulusan awal daripada negara penerima dan negara transit adalah diperlukan untuk pengimport­an sebarang buangan terjadual, termasuk e-waste.

“Mengikut prinsip asas Konvensyen Basel, setiap buangan perlu dirawat atau dilupus di negara asal melainkan atas sebab tertentu seperti ketiadaan kemudahan rawatan sisa dan mendapat kelulusan awal JAS.

“Sehubungan itu, JAS mengeluark­an Notis Arahan bawah Seksyen 31 dan 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, kepada pihak pengimport untuk pemulangan kontena terbabit ke negara asal. Kegagalan pihak pengimport untuk mematuhi arahan boleh menyebabka­n tindakan yang tegas diambil tanpa notis lanjut,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, pemeriksaa­n dijalankan pegawai JAS negeri bersama dengan pegawai kanan dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Cawangan Pelabuhan NBCT.

“Antara bahan buangan yang ditemui adalah skrin elektronik rosak, papan elektrik yang berada dalam keadaan tercerai serta komponen elektronik yang lain.

“Buangan ini didapati dibawa masuk bagi tujuan pelupusan secara haram di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Sharifah Zakiah berkata, mana-mana pihak yang mengimport buangan terjadual, termasuk e-waste (SW110) ke negara ini tanpa mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Alam Sekitar melakukan kesalahan di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 dan penjara tidak melebihi lima tahun.

“Buangan e-waste adalah dilarang untuk diimport kecuali mengikut cara yang diperuntuk­kan seperti dinyatakan di Bahagian I, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

“E-waste perlu diuruskan pelupusann­ya mengikut kaedah yang betul kerana buangan terbabit mengandung­i bahan berbahaya seperti logam berat boleh mencemar alam sekitar jika tidak diuruskan secara selamat,” katanya.

Kontena membawa susu tepung dari AS bernilai RM304,583.50 ditahan di Pelabuhan Pasir Gudang, kelmarin.

 ?? (Foto ihsan MAQIS) ??
(Foto ihsan MAQIS)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia