Berita Harian

20,000 pokok hutan akan ditanam di kebun Musang King

- Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Raub: Pejabat Pembanguna­n Hutan Pahang Barat sudah menanam lebih 2,000 pelbagai spesies pokok hutan di kawasan Hutan Simpan Batu Talam yang dijadikan kebun durian Musang King secara haram.

Kawasan ceroboh seluas lebih 101 hektar itu akan ditanam dengan kira-kira 20,000 pokok hutan selepas kerja menebang 15,000 pokok durian Musang King selesai minggu lalu.

Penolong Pengarah Pejabat Pembanguna­n Hutan Pahang Barat Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Wan Ghazali Wan Ali, berkata dalam masa tiga hari pihaknya menanam kira-kira 2,000 pokok Merawan, Meranti, Balau, Keruing dan beberapa spesies lain.

Beliau berkata, dalam tempoh seminggu, dijangka sebanyak 10,000 pokok dapat ditanam membabitka­n lebih 100 kakitangan JPNP dengan aktiviti menanam dibahagika­n kepada beberapa kumpulan.

Katanya, tanah yang berbaja dan lembut di kawasan Hutan Simpan Batu Talam bekas kebun durian Musang King melancarka­n lagi kerja menanam walaupun terpaksa memindahka­n pokok ke kawasan berbukit.

“Kita menggunaka­n anak pokok yang ada di tapak semaian Pejabat Pembanguna­n Hutan Pahang Barat Rotan Tunggal, di sini selebihnya akan diambil di beberapa Pejabat Hutan Daerah lain.

“Sebelum kerja menanam pokok hutan dilakukan pokok durian Musang King yang ditebang perlu dipotong beberapa bahagian terlebih dahulu bagi memudahkan aktiviti menanam selain untuk memastikan pembesaran pokok hutan tidak terjejas,” katanya, di sini, semalam.

Wan Ghazali berkata, kakitangan yang bertugas terpaksa memindahka­n anak pokok daripada pusat pengumpula­n dalam Hutan Simpan Batu Talam ke kawasan menanam secara berperingk­at.

Katanya, bentuk muka bumi yang berbukit menjadi cabaran pada mereka terbabit dengan kerja berkenaan.

“Kita akan berusaha secepat mungkin untuk selesaikan kerja menanam pokok hutan di kawasan terbabit. Kita tidak boleh melengahka­n kerja berkenaan bagi mengelak hakisan dan pencemaran sumber air.

“Hutan Simpan Batu Talam adalah kawasan tadahan air yang diwartakan pada 2002 dan sekiranya pencemaran berlaku, ia akan menjejaska­n sumber air penduduk daerah ini,” katanya.

Pemilik restoran ambil inisiatif bantu ringan beban masyarakat terkesan pandemik

Kuala Berang: Tersentuh melihat kesusahan dihadapi masyarakat yang terjejas kerana pandemik COVID-19, pemilik restoran Umira Nasi Kukus mengagihka­n 300 bungkus nasi kukus percuma kepada orang ramai.

Usaha murni itu dilakukan Zuraini Yaacob, 53, sejak sebulan lalu dengan sebanyak 100 bungkus disediakan di tiga kedai miliknya di Kuala Berang, Bukit Payong dan Wakaf Tapai di Marang pada setiap Rabu.

Zuraini berkata, pihaknya terpanggil mengagihka­n nasi kukus secara percuma itu selepas melihat kesusahan dihadapi masyarakat apabila ada antara mereka dibuang kerja sehingga terputus

Kuala Nerus: Pengusaha tapak perkhemaha­n di Pulau Redang, dekat sini, terpaksa beralih ke bidang pertanian bagi menampung perbelanja­an sepanjang pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) biarpun tidak mahir dalam bidang berkenaan.

Berbekalka­n sedikit pengetahua­n asas daripada Jabatan Pertanian, Mohd Azaruddin Majid, 36, memulakan projek tanaman timun, terung, lada, ubi kayu dan serai di kawasan seluas 0.4 hektar berhampira­n tapak perkhemaha­n.

Mohd Azaruddin yang mesra dengan panggilan Udin menggunaka­n kaedah tanaman fertigasi berikutan kawasan berkenaan dikeliling­i air masin, malah cuaca panas tidak sesuai untuk bercucuk tanam.

“Untuk kaedah fertigasi penjagaan tanaman tidak cerewet dan hasil tanaman pun subur. Semua hasil tanaman saya jual kepada pekerja resort di Pantai Pasir Panjang dan hasil jualan dapatlah menampung perbelanja­an sementara menunggu sektor bekalan makanan.

“Pandemik COVID-19 ini memang memberi kesan besar terutama kepada mereka yang berpendapa­tan rendah dan sebab itu saya bersama anak mengambil inisiatif ini.

“Sebelum ini, bekalan makanan ditempatka­n di kawasan masjid, namun kali ini kami mengagihka­n di kedai, selain turut menyumbang barang keperluan harian kepada mereka yang memerlukan. pelanconga­n dibuka semula,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Azaruddin berkata, dia kini dalam proses percubaan menanam sawi dan kangkung kaedah aquaponik menggunaka­n air dari kolam

“Kami tidak mengehadka­n jumlah nasi kukus yang boleh diambil dan orang ramai boleh mengambil nasi kukus yang disediakan ini mengikut keperluan mereka.

“Insya-allah, program ini (nasi kukus percuma) ini akan diteruskan bergantung kepada situasi semasa,” katanya.

Sementara itu, warga emas, Kamariah Abdullah,70, bersyukur kerana masih banyak pihak yang sudi membantu golongan memerlukan ikan.

Katanya, tanaman ditanam dalam kolam ikan dan secara tidak langsung boleh dijadikan makanan ikan sekali gus dapat mengurangk­an kos pembelian makanan ikan. dengan pelbagai cara.

“Saya memang jarang masak kerana hanya tinggal berdua bersama suami (Mohd Hassan Abdullah, 80 tahun) dan biasanya akan beli dua bungkus nasi kukus, namun apabila ada orang bagi nasi ini sekurang-kurangnya saya boleh berjimat,” katanya.

Pelajar, Nor Aina Solehah Muda, 19, pula berkata, usaha murni itu memberi manfaat terutama kepada mereka yang tiada punca pendapatan.

“Saya ada membela ikan air tawar seperti tilapia dan bercadang memperkena­lkan pakej baharu buat pengunjung, iaitu makan sayuran dan ikan air tawar segar terus dari kolam sebaik kerajaan membenarka­n sektor pelanconga­n beroperasi,” katanya.

Bagi merealisas­ikan impiannya itu, dia nekad menjual satu daripada tiga kereta dengan harga RM11,000.

Azaruddin berkata, dia mengusahak­an tapak perkhemaha­n sejak 2018 dan memiliki 25 khemah.

“Peringkat awal berniaga pada 2019, saya memperoleh pendapatan RM30,000 bagi satu musim dan tahun lalu dalam tempoh empat bulan bermula Julai hingga Oktober, saya mampu menjana pendapatan sehingga RM100,000.

“Namun PKP 3.0 ini, perniagaan saya terkesan teruk dan langsung tiada pendapatan. Meskipun tiada pendapatan, saya tetap mengekalka­n sembilan pekerja yang kini ditugaskan menjaga kebun dan kolam ikan,” katanya.

 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Zuraini (kiri) mengagihka­n nasi kukus percuma kepada orang ramai di kedainya di Kuala Berang, Terengganu.
(Foto Ghazali Kori/bh) Zuraini (kiri) mengagihka­n nasi kukus percuma kepada orang ramai di kedainya di Kuala Berang, Terengganu.
 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Mohd Azaruddin memulakan projek tanaman fertigasi di atas tanah seluas 0.4 hektar berhampira­n tapak perkhemaha­n miliknya di Pulau Redang.
(Foto Ghazali Kori/bh) Mohd Azaruddin memulakan projek tanaman fertigasi di atas tanah seluas 0.4 hektar berhampira­n tapak perkhemaha­n miliknya di Pulau Redang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia