Berita Harian

5 kelengkapa­n khusus buat pengembara solo

BERCUTI sendirian atau mengembara secara solo cukup mengujakan kerana pengalaman yang diperoleh pastinya cukup bermakna.

-

Bagaimanap­un, bercuti sendirian atau mengembara solo memerlukan kelengkapa­n khusus bagi memudahkan percutian selain menjadi penyelamat pada saat-saat yang tidak diduga.

Kelengkapa­n kembara atau `travel gear’ yang dibawa biasanya peralatan sesuai dengan keperluan dan situasi. Paling tidak, saat melakukan pengembara­an solo, pilih kelengkapa­n tidak terlalu mahal atau berat.

Ingin tahu apakah kelengkapa­n khusus yang mungkin sesuai dengan keperluan anda? Jom semak senarai di bawah:

Beg yang tepat

Membawa bagasi saat mengembara solo lebih-lebih lagi ke tempat yang belum diketahui suasananya perkara yang perlu dihindari. Sebagai ganti bawa saja beg galas yang tahan lasak. Pastikan keseluruha­n barang yang dibawa muat dalam satu beg dan lebih baik bawa beg pelbagai guna seperti beg pinggang atau beg silang kecil untuk menyimpan gajet, dompet atau benda ringan lainnya.

Tetapi, jika anda bercuti ke luar negara, bawalah dompet kecil khusus untuk meletakkan pasport. Selain digunakan untuk menyimpan kad pengenalan diri, dompet itu juga boleh dijadikan tempat menyimpan dokumen lain berkaitan daftar perjalanan.

Baju hujan pakai buang

Cuaca tidak dapat dijangka walau di mana kita berada. Kalau baju hujan terlalu berat untuk dibawa, pilih baju hujan pakai buang. Selain murah, ia juga ringan, sekaligus tidak memberatka­n beg. Walaupun hanya boleh dipakai beberapa kali, baju hujan jenis ini akan berguna pada saat darurat.

Jaket

Jaket paling penting yang harus ada dalam senarai barang perlu dibawa saat mengembara termasuk bercuti, sama seperti pakaian harian di dalam beg anda. Jaket kalis air yang ringan boleh menjadi pilihan. Jenis ini boleh dipakai saat hujan atau pada waktu malam yang terang tetapi sejuk.

Pisau lipat

Saat mengembara, pisau lipat boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Daripada membuka bungkusan makanan, penutup botol, memotong tali hinggalah keperluan darurat seperti memperbaik­i peralatan lain. Saiznya yang kecil tidak memerlukan ruang besar dalam beg sangat mudah dibawa. Namun, pisau lipat kerap menjadi barang yang akan ditanya di beberapa lapangan terbang. Jadi, pastikan pisau lipat yang anda bawa tersimpan rapi di dalam beg yang dimasukkan ke bagasi pesawat.

Kamera

Keperluan terakhir yang perlu dibawa tentunya kamera. Anda boleh membawa kamera kompak atau kamera DSLR. Namun, kini kebiasaan pengembara menggukan kamera aksi untuk merakamkan detik bercuti. Menariknya, kamera aksi boleh digunakan di dalam air atau aktiviti lasak. Kamera aksi dulunya agak mahal tetapi kini sudah boleh dimiliki dengan harga berpatutan.

Kamera telefon pintar juga tidak mengecewak­an kualitinya dan sangat mudah untuk merakam kenangan di mana saja anda bercuti.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia