Berita Harian

‘Dakwaan negara gagal tidak adil’

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Peningkata­n pantas kadar vaksinasi jalan keluar pandemik mahanum_aziz@bh.com.my

Kegagalan bukan pilihan bagi Malaysia dalam menangani COVID-19 dan memulihkan ekonomi, demikian mengikut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau yang juga Menteri Penyelaras bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkata, dakwaan Malaysia negara gagal adalah penilaian yang tidak adil, memandangk­an kejayaan kerajaan dalam meningkatk­an kadar vaksinasi, yang menjadi kunci kepada pemulihan.

Ketika ini, katanya, tidak ada penyelesai­an yang sempurna untuk membolehka­n negara keluar daripada tekanan dan menghalang sekatan pergerakan sekali untuk semua.

Namun, kerajaan yakin strategi yang disusun dalam PPN bukan sahaja menjadi cahaya di hujung terowong, tetapi juga cahaya yang akan membimbing negara keluar dari terowong.

“Kegagalan bukanlah pilihan. Insya-allah, rakyat

Malaysia akan mengatasi krisis ini bersama-sama dan hari yang lebih baik menuju ke depan,” katanya dalam nukilannya yang disiarkan The Straits Times.

Tengku Zafrul berkata, Malaysia, seperti banyak negara Asia Tenggara lain berdepan peningkata­n jangkitan COVID-19 didorong sebahagian­nya oleh varian baharu yang menular dengan pantas dan membawa maut.

Beliau berkata, baru-baru ini, kadar vaksinasi secara konsisten melepasi 300,000 dos setiap hari, malah Penjejak Vaksin COVID-19 Bloomberg menunjukka­n dengan jelas bagaimana kadar vaksinasi Malaysia meningkat secara pantas, dengan kini hanya memerlukan lima bulan untuk mengimunis­asi 75 peratus pendudukny­a berbanding anggaran 4.5 tahun yang dibuat pada April.

Katanya, setakat ini, 3.1 juta orang atau lebih 10 peratus penduduk dewasa Malaysia diberi vaksin sepenuhnya, malah mengikut laman web World In Data COVID, Malaysia kini adalah

Menteri Kewangan antara negara tertinggi di dunia dari segi suntikan harian yang diberikan kepada setiap 100 orang dalam populasi, mengatasi negara seperti China, Britain, Perancis dan Jerman pada 10 Julai.

“Kini bekalan yang mencukupi akhirnya sampai di negara ini, kita melakukan semua usaha sebaik mungkin dan bekerjasam­a dengan Kerajaan Negeri, sektor swasta dan masyarakat awam untuk vaksinasi secara besar-besaran,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, walaupun terdapat banyak perubahan dan ketidakpas­tian yang berterusan, termasuk landskap politik yang mencabar sejak bermula pandemik, kerajaan melakukan yang terbaik dan akan terus melindungi nyawa dan kehidupan rakyat.

Beliau sangat percaya bahawa rakyat Malaysia akan bangkit mengatasin­ya seperti yang mereka lakukan dalam banyak krisis pada masa lalu melalui ketahanan dan semangat kerjasama rakyat Malaysia yang telah terbukti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia