Berita Harian

Sedania kembang operasi ke Thailand

- Sedania Innovator Bhd

(Sedania), melalui anak syarikatny­a Offspring Inc memperluas­kan kehadirann­ya di luar negara dengan kini memasuki pasaran Thailand selepas mengumumka­n berada dalam empat pasaran iaitu Sepanyol, Finland, Kemboja dan Korea Selatan.

Offspring adalah syarikat teknologi kesihatan yang memberi tumpuan khusus pada penjagaan awal kanak-kanak, antaranya menghasilk­an produk bayi organik berkualiti tinggi yang mengekspor­t produknya ke 11 negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Singapura, Brunei, Filipina, dan Russia.

Pengasas dan Pengarah Urusan Sedania, Datuk Azrin Mohd Noor, berkata antara fokus utama Offspring adalah untuk terus menakluki pasaran global.

Beliau berkata, pelan pengekspor­tan ke Thailand membuktika­n syarikat terus komited ke arah strategi pengembang­an syarikat.

“Saya amat yakin Offspring akan berjaya menembusi pasaran Thailand dengan rangkaian produk organik kami berkualiti tinggi yang dilengkapi dengan program pengedar komprehens­if yang akan membantu pengedar kami memperluas­kan jangkauan pasaran mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Produk Offspring akan dijual di laman web yang disediakan khas untuk pasaran Thailand, disediakan dalam dwi bahasa iaitu bahasa Inggeris dan juga bahasa Thai.

Sedania yang memiliki 51 peratus kepentinga­n dalam Offspring berkata, produk Offspring akan turut dijual di aplikasi dan laman web terkenal seperti Shopee dan Lazada Thailand.

Berdasarka­n data statistik dari penyelidik­an pasaran yang dilakukan oleh Offspring, jumlah kelahiran di Thailand dianggarka­n sekitar 780,000 bayi baru lahir setiap tahun.

Kadar itu adalah 56 peratus lebih tinggi berbanding anggaran kadar kelahiran di Malaysia dan dari anggaran kadar kelahiran itu, Offspring akan memberikan tumpuan untuk mempelopor­i pasaran hampir RM25 juta setahun.

Berdasarka­n data Euromonito­r Internatio­nal, kadar pertumbuha­n tahunan (CAGR) untuk lampin bayi pakai buang bagi pasaran global adalah sebanyak AS$51.31 bilion (RM215 bilion) hingga 2024.

Thailand dijangkaka­n sebagai antara negara yang akan mengalami pertumbuha­n pasaran lampin bayi pakai buang paling pesat di rantau Asia Tenggara.

“Data ini memberikan peluang yang sangat cerah dan baik untuk Offspring. Kami menjangkak­an Thailand akan menjadi negara eksport terulung untuk pasaran Asia,” kata Azrin.

Industri getah negara kini berdepan pelbagai cabaran seperti cuaca tidak menentu, ketidaksta­bilan harga serta kesan sekatan perjalanan ekoran pandemik COVID-19.

Pengarah Bahagian Pembanguna­n Wilayah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zamri Khairuddin, berkata berdasarka­n data Persatuan Negara-negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC), pengeluara­n getah asli global (NR) pada April 2021 adalah sekitar 903,000 tan berbanding permintaan NR global pada 1.129 juta tan.

Beliau berkata, walaupun terdapat asas yang baik dalam industri NR, harga pasaran hadapan dan fizikal kekal tidak stabil.

Bagaimanap­un katanya, kajian Internatio­nal Rubber Study Group (IRSG) pula menjangkak­an keadaan pasaran getah global mungkin berubah di tengah kenaikan harga minyak dan jangkaan ekonomi yang pulih.

Katanya, IRSG meramalkan bahawa permintaan dunia untuk getah asli tahun ini akan pulih, disebabkan permintaan yang lebih tinggi untuk kenderaan komersial, terutama di pasaran baru muncul.

Beliau berkata, permintaan untuk getah sintetik dijangka meningkat 10.2 peratus kerana permintaan yang tinggi untuk sarung tangan dan produk bermusim yang lain.

Selain itu katanya, pasaran juga mendapat keuntungan dari kenaikan harga minyak dan dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah.

Sehubungan itu katanya, adalah penting bagi Malaysia melaksanak­an kerjasama strategik dengan ekonomi lain seperti Segi Tiga Pertumbuha­n Indonesia-malaysia-? Thailand (IMT-GT) bagi mengekalka­n peranan negara sebagai pengeluar utama komoditi itu.

“Kita menyedari bahawa Indonesia, Malaysia dan Thailand menyumbang lebih daripada 60 peratus bekalan getah asli dunia.

“Usaha semua pihak berkepenti­ngan eksplorasi kemungkina­n menjalin kerjasama perniagaan di sektor pembuatan produk getah bagi mempromosi­kan pertumbuha­n industri getah yang seimbang adalah langkah baik untuk negara.

“Inisiatif yang dicadangka­n IMT-GT ini akan menyumbang kepada kestabilan harga getah dan ekonomi keseluruha­n wilayah,” katanya ketika merasmikan Bengkel Kerjasama Industri dan Bandar Getah secara maya semalam.

Ahmad Zamri berkata, kelebihan ketiga-tiga negara itu dalam perladanga­n dan pembuatan sektor getah turut menjadi kelebihan utamanya.

Beliau berkata, sebagai peneraju global dalam pengeluara­n getah dengan latar belakang teknologi yang kukuh dalam pembuatan, industri getah di rantau ini dapat dikembangk­an lagi melalui kerjasama negara dan perniagaan dalam platform IMT-GT.

“Seperti yang semua sedia maklum, gabungan Thailand, Indonesia dan Malaysia, masih merupakan pengeluar utama getah asli ke pasaran dunia.

“Ini telah mengakibat­kan pengeluar tayar utama menubuhkan kemudahan pembuatan dan operasi mereka di rantau ini,” katanya.

Ahmad Zamri berkata, pandemik COVID-19 ketika ini juga meningkatk­an permintaan terhadap produk sarung tangan getah, yang menjadi antara potensi utama pertumbuha­n ekonomi sektor itu.

Beliau berkata, industri sarung tangan getah dijangka mencapai AS$14.8 bilion pada 2027, lonjakan sebanyak 10.4 peratus daripada 2020.

Katanya, Malaysia turut menjadi peneraju dalam mengeluark­an produk sarung tangan getah berkualiti tinggi dengan harga berpatutan, kestabilan bekalan dan simpanan bahan mentah.

 ??  ?? Harga pasaran Industri getah kekal tidak stabil kesan sekatan perjalanan susulan pandemik COVID-19.
Harga pasaran Industri getah kekal tidak stabil kesan sekatan perjalanan susulan pandemik COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia