Berita Harian

› MINYAK MENTAH

-

susut kepada 4.1910/1930 daripada paras penutup 4.1900/1930 pada Isnin.

Malaysia merekodkan 11,079 kes COVID-19 baharu semalam, kali pertama jangkitan harian mencecah lima angka, peningkata­n mendadak daripada paras jangkitan yang sudah pun tinggi pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor mencatatka­n 5,263 kes baharu, yang tertinggi di negara ini.

Peniaga berkata, ringgit menyusut bagi lima hari dagangan berturut-turut apabila sentimen dalam pasaran tempatan menjadi lemah berikutan kebimbanga­n terhadap lonjakan semula kes COVID-19 dengan kawalan pergerakan penuh menjejaska­n minat risiko pelabur.

“Bagaimanap­un, pemulihan sedikit harga minyak membantu mengehadka­n aliran menurun ringgit,” katanya.

Penanda aras minyak mentah Brent meningkat 0.55 peratus kepada AS$75.57 satu tong.

Unit tempatan bagaimanap­un diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding pound kepada 5.8070/8098 daripada paras penutup 5.8082/8123 pada Isnin dan naik berbanding euro kepada 4.9634/9658 daripada 4.9668/9704.

Unit tempatan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0996/1016 daripada 3.1003/1027 dan menambah berbanding yen kepada 3.8017/8035 daripada 3.8053/8080 sebelumnya.

BERNAMA

Harga minyak meningkat berikutan keyakinan bahawa permintaan akan terus meningkat dan pasaran terhad meskipun peningkata­n semula jangkitan COVID-19 di banyak rantau.

Niaga hadapan di New York naik 0.6 peratus selepas susut 0.6 peratus pada Isnin untuk ditutup menghampir­i paras AS$74 satu tong.

Pelaksanaa­n vaksin mempercepa­tkan pemulihan permintaan di seluruh ekonomi utama, walaupun penyebaran varian Delta adalah peringatan bahawa pemulihan akan terkesan.

Pasaran dijangka untuk kekurangan bekalan ketara jika Pertubuhan Negara-negara Pengekspor­t Petroleum dan Sekutu (OPEC+) tidak menyelesai­kan kebuntuan untuk meningkatk­an output, kata Agensi Tenaga Antarabang­sa.

“Kami sudah melihat keadaan ini sebelumnya - ia adalah peningkata­n semula di Eropah pada awal tahun, kemudian India diikuti oleh Asia Tenggara,” kata Ahli Ekonomi Oversea-chinese Banking Corp, Howie Lee.

“Dalam jangka pendek, kita mungkin melihat sedikit kegelisaha­n merentasi pasaran, tetapi gambaran asasnya hampir tidak berubah,” katanya.

BLOOMBERG

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia