Berita Harian

8 disahkan maut, 9 masih hilang

-

Insiden berlaku di lokasi pelanconga­n terkenal dengan terusan, taman

Shanghai: Lapan disahkan maut, manakala sembilan mangsa dilaporkan masih hilang dalam insiden sebuah hotel bajet runtuh di Suzhou pada tengah hari kelmarin, menurut kerajaan tempatan, semalam.

Kerajaan daerah Wujiang memaklumka­n dalam media sosial rasmi, enam lagi mangsa berjaya diselamatk­an daripada timbunan sisa runtuhan Hotel Siji Kaiyuan.

Sebelum ini, pihak berkuasa menganggar­kan 14 mangsa diselamatk­an, namun memberi perangkaan terkini itu berikutan ‘analisis dan semakan lanjut terhadap maklumat baharu’.

Punca kejadian masih belum dimaklumka­n, setakat ini.

Suzhou yang memiliki lebih 12 juta penduduk adalah destinasi pelanconga­n terkenal dengan terusan serta taman berabad-abad usianya.

Menurut laman pelanconga­n Ctrip, hotel Siji Kaiyuan dibuka pada 2018 dan mempunyai 54 bilik tamu, sebuah dewan makan dan persidanga­n.

Gambar yang diterbitka­n oleh

CCTV menunjukka­n puluhan pekerja penyelamat memakai topi keledar di lokasi bencana, dengan serpihan besi, keluli dan konkrit dalam timbunan runtuhan.

Kes bangunan runtuh dan kemalangan bukan satu yang luar biasa di China, selalu dilaporkan berlaku disebabkan pembinaan tidak menepati piawaian ditetapkan dan rasuah. AFP

Jakarta: Sebuah kapal yang membawa 109 penumpang terbakar dalam kejadian di barat Indonesia kelmarin.

Semua penumpang dan krew kapal bagaimanap­un berjaya diselamatk­an, kata pegawai rasmi kerajaan.

Ketika kejadian, kapal Gunsa 8 dalam pelayaran di Selat Bangka dan kebakaran bermula dari bahagian dek enjin kata Aswind Abu Nawar, Ketua Unit Kecemasan Agensi Pengurusan Bencana

Kepulauan Bangka Belitung.

Menurut maklumat rasmi, kapal berkenaan memulakan pelayaran menuju pelabuhan Sumatera Selatan.

“Semua 90 penumpang dan 19 krew kapal diselamatk­an kapal lain yang berada berdekatan lokasi kejadian.

“Enam daripada penumpang kapal adalah kanak-kanak,” katanya kepada Xinhua menerusi panggilan telefon.

 ?? (Foto AFP) ?? Gambar yang dirakamkan pada 12 Julai lalu menunjukka­n pasukan mencari dan menyelamat berusaha mengesan mangsa di lokasi runtuhan hotel di Suzhou.
(Foto AFP) Gambar yang dirakamkan pada 12 Julai lalu menunjukka­n pasukan mencari dan menyelamat berusaha mengesan mangsa di lokasi runtuhan hotel di Suzhou.
 ??  ?? Mereka yang ditahan kerana membawa jemaah haji tanpa permit berdepan hukuman penjara dan denda.
Mereka yang ditahan kerana membawa jemaah haji tanpa permit berdepan hukuman penjara dan denda.
 ?? (Foto EPA) ?? Gambar pandangan udara menunjukka­n keadaan hotel yang runtuh sehingga mengorbank­an sekurang-kurangnya 8 orang, manakala sembilan lagi dilaporkan hilang, dalam kejadian di Suzhou.
(Foto EPA) Gambar pandangan udara menunjukka­n keadaan hotel yang runtuh sehingga mengorbank­an sekurang-kurangnya 8 orang, manakala sembilan lagi dilaporkan hilang, dalam kejadian di Suzhou.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia