Berita Harian

WHO beri amaran jangan campur aduk suntikan vaksin

-

Tiada data bukti keberkesan­an, elak orang ramai pilih dos

Geneva: Ketua saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai perbuatan mencampur aduk vaksin COVID-19 daripada pengeluar berbeza dan menyifatka­nnya sebagai satu ‘trend berbahaya’ memandangk­an tidak banyak data yang ada mengenai kesannya ke atas kesihatan.

“Ia adalah trend yang agak berbahaya. Dari segi mencampur aduk (vaksin), kita kini berada dalam zon tanpa data, tanpa bukti.

“Ia akan menimbulka­n situasi kacau-bilau di negara-negara jika rakyatnya mula memilih bila dan siapa yang akan menerima suntikan dos kedua, ketiga dan keempat,” kata Soumya Swaminatha­n dalam satu taklimat dalam talian, kelmarin.

Sementara itu, WHO mengecam ‘ketamakan’ negara kaya yang mempertimb­angkan pemberian vaksin penggalak COVID-19, namun pada masa sama masih banyak negara lain yang terus diancam virus itu.

Dengan nada yang tegas, WHO menyatakan negara berkenaan perlu malu jika membuat keputusan untuk meninggalk­an negara yang lemah dalam menghadapi pandemik ini.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu juga mengingatk­an pengeluar vaksin supaya tidak mengutamak­an dos ketiga sebagai penggalak.

Sebaliknya, ia perlu memberi keutamaan kepada pengeluara­n dos pertama dan kedua kepada petugas kesihatan dan warga emas di negara miskin.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesu­s, berkata demikian dalam sidang media ketika ditanya mengenai tempoh pandemik itu akan berakhir.

“Kita akan akhiri pandemik ini tidak lama lagi kerana kita sudah memiliki kaedah untuk mengatasin­ya,” katanya.

AGENSI

 ??  ??
 ?? (Foto AFP) ?? Pesakit COVID-19 terpaksa mendapat rawatan dalam khemah di kawasan hospital ketika Indonesia berdepan jangkitan serius akibat varian Delta, di Yogyakarta.
(Foto AFP) Pesakit COVID-19 terpaksa mendapat rawatan dalam khemah di kawasan hospital ketika Indonesia berdepan jangkitan serius akibat varian Delta, di Yogyakarta.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia