Berita Harian

52 maut wad COVID-19 terbakar di Iraq

-

Nasiriyah: Sekurang-kurang 52 terkorban, manakala 22 lagi cedera dalam kebakaran wad pengasinga­n COVID-19 di sebuah hospital di Iraq kelmarin, menurut pegawai kesihatan.

Kebakaran maut yang kedua seumpama itu dalam tempoh tiga bulan di Iraq menyaksika­n api tercetus di Hospital Al-hussein, di sini, lewat malam, sebelum berjaya dikawal pasukan pertahanan awam tempatan.

“Puncautama­kebakarani­tuialah letupan tangki oksigen,” kata sumber perubatan dengan pihak berkuasa kesihatan kepada AFP.

Jurucakap pihak berkuasa kesihatan tempatan, Haydar al-zamili, berkata 52 mayat ditemui dan 22 mangsa lagi mengalami kecederaan, setakat awal pagi semalam, selepas api memusnahka­n wad pengasinga­n COVID-19.

“Usaha mencari dan menyelamat sedang diteruskan,” katanya sambil memaklumka­n dikhuatiri masih ada mangsa terperangk­ap dalam bangunan itu.

Wad terbabit dilapor boleh menempatka­n hingga 70 katil pesakit.

Dalam pada itu, puluhan orang yang berang, mengadakan tunjuk perasaan di luar hospital berkenaan selepas insiden terbabit.

Kebakaran itu turut mencetuska­n gesaan dalam media sosial supaya tindakan tegas diambil, malah menuntut pegawai atasan untuk meletakkan jawatan.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan mengisytih­arkan darurat di kawasan pentadbira­n Gabenor Dhi Qar di mana Nasiriyah adalah ibu kotanya, serta mengarahka­n doktor sedang bercuti supaya kembali bertugas untuk merawat mangsa yang cedera.

“Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-kadhemi, mengadakan mesyuarat kecemasan dengan menteri dan ketua pasukan keselamata­n bagi mengenal pasti punca kebakaran itu,” menurut pejabatnya melalui Twitter, semalam. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia