Berita Harian

Kapal perang AS didakwa masuk kawasan China

-

Beijing berang tindakan USS Benfold berlabuh di Kepulauan Paracel

Beijing: China berang selepas kapal perang Amerika Syarikat (AS) berlabuh berhampira­n Kepulauan Paracel di Laut China Selatan yang dikawal republik itu kelmarin.

Ia berlaku sempena ulang tahun kelima keputusan tribunal antarabang­sa yang menolak banyak tuntutan wilayah oleh China di rantau berkenaan.

Tentera China dalam satu kenyataan berkata, kapal pemusnah peluru berpandu AS, USS Benfold didakwa memasuki perairan wilayah milik China kelmarin tanpa kebenaran kerajaan China.

Dalam satu kenyataan tegas yang disampaika­n oleh jurucakap Kawalan Selatan Tentera

Pembebasan Rakyat (PLA), Kolonel Tian Junli, berkata aset tentera laut dan udara China mengesan serta memantau kapal perang tentera laut AS sebelum bertindak mengusirny­a dengan amaran.

Junli mendakwa kejadian itu adalah bukti kuat tindakan navigasi agresif dan ketenteraa­n AS di Laut China Selatan.

“Kami mendesak AS untuk segera menghentik­an tindakan provokatif dan mengawal ketat kegiatan operasi ketenteraa­n maritim dan udara. Jika tidak, ia akan menanggung semua akibat,” tegasnya.

Dakwaan Beijing terhadap misi USS Benfold itu kemudian disangkal oleh kenyataan yang dikeluarka­n Armada Ketujuh AS, yang menggambar­kannya sebagai palsu.

AS berkata, kapal perang itu mencabar sekatan tidak sah di laluan yang tidak menjadi kesalahan dan wilayah dituntut oleh China.

“USS Benfold melakukan FONOP (kebebasan operasi navigasi) mengikut undang-undang antarabang­sa dan kemudian terus melakukan operasi normal di perairan antarabang­sa... AS akan terus terbang, berlayar dan beroperasi di mana sahaja undang-undang antarabang­sa membenarka­nnya seperti USS Benfold lakukan di sini.

“Tidak ada yang dikatakan oleh PRC (Republik Rakyat China) yang akan menghalang kami,” katanya.

Kepulauan Paracel yang turut dikenali sebagai Kepulauan Xisha di China dan gugusan pulaupulau Hoang Sa di Vietnam adalah sekumpulan daripada lebih 30 pulau yang dituntut oleh China, Vietnam dan Taiwan.

Menurut Inisiatif Ketelusan Maritim Asia, pada masa ini Beijing memiliki 20 pos yang didirikan di Kepulauan Paracel.

AGENSI

 ??  ?? Kapal perang USS Benfold didakwa memasuki perairan wilayah China tanpa kebenaran.
Kapal perang USS Benfold didakwa memasuki perairan wilayah China tanpa kebenaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia