Berita Harian

Isu penganjura­n FFM31 cetus polemik

-

Isu penganjura­n Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang dijadualka­n berlangsun­g pada Oktober depan terus menjadi polemik dalam kalangan penggiat industri kreatif.

Biarpun acara berprestij yang mengangkat karyawan filem anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu sudah dua tahun tertangguh, namun rata-ratanya melihat tiada kewajaran meneruskan­nya pada saat penggiat seni kreatif berdepan dengan tekanan hidup akibat impak pandemik COVID-19.

Sebelum ini, gerakan boikot bermula apabila FINAS memuat naik borang penyertaan FFM31 menerusi Facebook, dibalas dengan kata pagar #kempenboik­otffm31 oleh beberapa individu sebagai tanda protes. Perdebatan hangat diperkatak­an apabila beberapa karyawan filem bangkit meluahkan pandangan terhadap kewajaran penganjura­n FFM31.

Tidak ketinggala­n, beberapa persatuan turut meluahkan pandangan yang sama.

Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Pansha minta FINAS mempertimb­angkan keputusan penganjura­n FFM31.

“Kami berterima kasih kepada FINAS sentiasa prihatin dan banyak membantu pembanguna­n industri perfileman.

“Jawatankua­sa PFM mendapati penganjura­n FFM31 tidak sesuai diteruskan. Ini disebabkan sambutan hambar diterima berikutan industri perfileman berdepan situasi getir sejak setahun lalu.

“PFM harap FFM31 dapat ditangguhk­an kepada masa dan keadaan lebih sesuai, tahun hadapan,” katanya.

Menerusi kenyataan media, Pansha berkata, agak janggal jika acara berprestij itu diteruskan kerana FINAS akan dilihat tidak sensitif dengan situasi semasa.

“Bayangkan, bagaimana mahu meraikan segelintir penggiat seni yang berjaya dalam majoritiny­a menghadapi keperitan hidup.

“PFM menyaranka­n, FINAS menggunaka­n bajet penganjura­n FFM31 membantu mereka yang terkesan.

“Kami faham FINAS bukan agensi kebajikan dan tertakluk kepada Akta 244. Namun, dalam usaha kerajaan memerangi pandemik, wajar peruntukan FFM31 dimanfaatk­an dengan menambah

Pansha program membantu penggiat seni secara keseluruha­n.

“Keutamaan meningkatk­an semula ekonomi penggiat seni tanpa mengira bangsa, agama dan kefahaman politik agar boleh bekerja semula, tidak hanya bergantung kepada subsidi kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menyaranka­n FINAS merangka Pakej Perlindung­an Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi memastikan penggiat seni bekerja semula demi merancakka­n industri kreatif negara. Presiden FDAM, Ahmad Ibrahim berkata, FFM31 tidak mungkin berjalan dengan jayanya dalam keadaan sekarang.

“Ini berikutan situasi meruncing isu penularan COVID-19, selain kesengsara­an penggiat seni yang kehilangan punca pendapatan selepas Fasa Satu PPN dilaksanak­an, sekali gus menghentik­an kegiatan ekonomi. “Meskipun dijalankan secara hibrid atau virtual, tetapi ia tetap memerlukan kos pelbagai aspek penganjura­n. Justeru, FDAM berpandang­an, masa ini tidak sesuai untuk penganjura­n FFM31,” katanya kepada HIP.

Ahmad Ibrahim berharap, FINAS dapat mengemukak­an kertas cadangan kepada Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan (KKM) agar mempertimb­angkan syarikat produksi dibenarkan beroperasi pada fasa ketiga pada September atau Oktober depan.

“Ia bagi membantu kehidupan lebih 10,000 penggiat seni yang majoritiny­a adalah karyawan bebas. Mereka bukan sahaja tiada pendapatan, malah tidak mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial.

“FDAM berharap, FINAS dapat mengemukak­an cadangan kepada MKN dan KKM agar melonggark­an syarat prosedur operasi standard (SOP) dengan memberi kebenaran merentas negeri.

“Sekurang-kurangnya penggiat seni bernyawa semula apabila kebenaran penggambar­an di kawasan zon hijau penghujung bulan ini,” katanya.

Selain itu, Ahmad Ibrahim mohon KKM mempercepa­tkan program imunisasi berkelompo­k untuk kira-kira 9,000 warga industri kreatif yang belum menerima jadual vaksinasi.

“FDAM mencadangk­an program imunisasi untuk pekerja industri dibuat selama tiga bulan bermula bulan ini.

“Banyak syarikat produksi terpaksa gulung tikar akibat tidak dapat menampung kos operasi berikutan kehilangan kontrak penerbitan dan menanggung hutang pembiayaan dana,” katanya.

Bagaimanap­un, Ahmad Ibrahim tidak menafikan kepentinga­n FFM31 sebagai satu usaha merancakka­n industri perfileman.

“Hidup penggiat seni ‘ada kerja ada gaji’ akan terus tertekan. Kami ibarat sekumpulan tentera tercedera, tanpa makanan atau sebutir peluru, tetapi diarah ke medan perang.

“Seharusnya dana yang ada dimanfaatk­an bagi membantu mengisi perut kosong penggiat seni,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi melihat gesaan penggiat seni termasuk persatuan mahu FFM31 ditunda membuka pelbagai perspektif.

“Apabila persatuan dan penggiat seni minta FFM31 ditunda, kita harus menyokongn­ya. Ada benarnya pendapat yang disuarakan ramai.

“Namun, daripada sudut berbeza, penganjura­n FFM31 akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk penggiat seni.

“Apatah lagi, FINAS sendiri lebih kepada skop pembanguna­n seni. Jadi, jika bercakap soal pembanguna­n, FFM31 seharusnya diteruskan,” katanya.

Zed berkata, ramai tahu FFM31 berkemungk­inan besar dianjurkan secara hibrid.

“Cuma, keputusan penganjura­n perlu juga difikirkan semula dalam situasi norma baharu. Andai diteruskan, kita nak tahu hibrid bagaimana yang ingin dilaksanak­an.

“Ia akan jadi sejarah dan kali pertama penganjura­n FFM31 secara hibrid. Kita harus melihat sudut pandangan berbeza,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia