Berita Harian

FINAS rayu benarkan penggambar­an di Zon Hijau

-

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sudah membuat permohonan kepada Majlis Keselamata­n Negara (MKN) bagi membolehka­n aktiviti penggambar­an dibenarkan di kawasan Zon Hijau yang sudah memasuki Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid berkata, permohonan kebenaran penggambar­an sudah diusulkan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri kepada MKN.

Katanya, FINAS sentiasa prihatin dengan nasib yang menimpa warga penggiat seni kreatif khususnya kru balik tabir kerana mereka antara golongan paling terkesan sejak Fasa Satu PPN dilaksanak­an hampir dua bulan lalu. Ini berikutan kebanyakan­nya menerima bayaran mengikut hari.

“Ahmad Idham sudah menghantar surat permohonan kepada MKN mengenai kebenaran penggambar­an di negeri yang memasuki Fasa Kedua PPN.

“Selain itu, kami juga masih menunggu kelulusan membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di FINAS Hulu Kelang bagi menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk penggiat industri kreatif.

“FINAS faham ramai kru balik tabir semakin melarat kerana sudah hampir dua bulan tidak bekerja sejak aktiviti penggambar­an dihentikan. Mereka juga mempunyai komitmen bulanan seperti sewa rumah, kereta dan

Pengerusi FINAS keperluan hidup.

“Bagaimanap­un, agak sukar FINAS mahu membantu dari segi kewangan kerana jumlahnya besar. Jadi, apa yang boleh dilakukan dengan merayu kepada MKN memberi kelonggara­n untuk aktiviti penggambar­an di kawasan yang sudah memasuki Fasa Kedua PPN,” katanya kepada HIP.

Antara negeri yang sudah memasuki Fasa Kedua ialah Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. Zakaria berkata, mereka sudah merombak prosedur operasi standard (SOP) yang baharu supaya penggiat seni kreatif dapat bekerja semula demi kelangsung­an hidup.

“Jika MKN memberikan kelulusan, maka bolehlah syarikat produksi bergerak ke negeri yang sudah memasuki Fasa Kedua PPN. Namun, sebelum menyambung semula kerja penggambar­an tertangguh, FINAS minta mereka mendapatka­n suntikan vaksin terlebih dahulu.

“Saya faham ada yang sudah mendaftar, tetapi belum mendapat tarikh lagi. Itulah menjadi sebab utama kami memohon premis FINAS dibuka sebagai PPV supaya dapat mempercepa­tkan proses pemberian vaksin di kalangan penggiat seni kreatif.

“FINAS menyaranka­n aktiviti penggambar­an dibenarkan selewat-lewatnya pada Ogos depan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia