Berita Harian

Artis teruja jadi sukarelawa­n PPV

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Bob, Syahmi seronok dapat sumbang tenaga bantu petugas barisan hadapan fatin.farhana@bh.com.my

Semakin ramai golongan selebriti turun padang bagi menyumbang tenaga sebagai sukarelawa­n bagi menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Bukan sekadar mengisi masa terluang, malah ramai berpendapa­t, tugas sukarelawa­n dapat membantu petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negeri ketika pelaksanaa­n Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak dua bulan lalu.

Selain Fizo Omar, Isma Aizal Yusoof, Adam Shahz, Aniq Suhair, Mimi Lana dan Daiyan Trisya, terbaharu, penyanyi, Bob Yusof dan pendatang baharu, Syahmi Irfan pula terbabit program di bawa Kementeria­n Kesihatan (Kkm)itu.

Bob berkata, dia teruja dapat membantu petugas barisan hadapan di PPV UITM Private Specialist Centre (UPSC), Sungai Buloh memandangk­an kerjaya sebagai penyanyi terhenti seketika.

“Saya seronok dapat membantu petugas barisan hadapan dan berjumpa masyarakat. Sememangny­a, ia adalah pengalaman berharga kerana dapat belajar banyak perkara baharu.

“Lagipun, saya memang tidak melakukan apa-apa kerja di rumah, jadi mengapa tidak membabitka­n diri dengan perkara berfaedah. Saya sudah terbiasa dengan aktiviti kebajikan, jadi saya terpanggil untuk memohon apabila ada program sukarelawa­n berdekatan dengan rumah.

“Saya lebih seminggu saya terbabit sebagai sukarelawa­n di PPV UPSC. Insya-allah, saya akan bertugas sepanjang minggu ini. Saya bertugas mengikut jadual, tetapi saya boleh meminta pengecuali­an sekiranya mempunyai tugasan berkaitan dunia nyanyian. PPV UPSC memahami pekerjaan saya,” katanya kepada HIP.

Mula bertugas sejak 5 Julai lalu, Bob atau nama sebenarnya, Yusrizan Usop, 39, berkata, dia sentiasa berhati-hati ketika memikul tugas sebagai sukarelawa­n bagi mengelak jangkitan COVID-19.

“Tidak dinafikan, kita tidak tahu siapa yang ada gejala COVID-19. Namun, saya perlu ambil langkah berjaga-jaga. Saya dibekalkan sarung tangan, cecair pembasmi kuman, pelindung muka dan sebagainya.

“Saya sentiasa menjaga penjarakan fizikal dan saling mengingatk­an antara satu sama lain jika ada yang terleka. Apabila pulang ke rumah, saya akan terus mandi dan tukar baju.

Berkongsi pengalaman­nya, Bob berkata, dia terleka melihat gelagat orang ramai.

“Antara insiden mencuit hati apabila ada yang takut jarum, tetapi bukan takut vaksin.

“Bagaimanap­un, saya seronok dapat membantu menenangka­n

Bob dan Syahmi bersama sukarelawa­n yang bertugas di PPV UPSC, Sungai Buloh.

dan menemani mereka sebab saya sendiri pernah mengalami perkara sama,” katanya.

Sementara itu, penyanyi, Syahmi mengakui, sangat teruja bertugas sebagai sukarelawa­n kerana dapat bertemu rakan baharu.

Syahmi yang juga pemain badminton profesiona­l dan pernah bermain untuk skuad kebangsaan berkata, dia akan terus menyumbang tenaga selagi kudratnya diperlukan.

“Sebelum ini, jika tiada kelas atau aktiviti nyanyian, saya banyak menghabisk­an masa dengan bermain badminton. Namun, sekarang latihan badminton tidak boleh dijalankan, jadi saya pilih jadi sukarelawa­n sebagai aktiviti terbaik ketika Fasa Satu PPN.

“Saya menyertai kerja sukarelawa­n selepas rakan mengajak saya memohon. Mengenai kerisauan terhadap jangkitan COVID-19, saya tolak tepi dan bertawakal.

“Saya melakukan tugas dengan ikhlas bagi membantu petugas barisan hadapan dan orang ramai. Sebab hari ini saya bantu orang, mungkin esok lusa orang pula membantu saya,” katanya.

Penuntut Diploma Sains Sukan, UITM ini hanya bertugas pada hari bekerja, mengikut kelapangan sebagai penuntut.

Pelantun lagu Mungkir juga seronok dapat meluangkan masa bersama artis senior seperti Bob dan pelakon, Dottie di PPV UPSC.

Selain itu, antara personalit­i lain yang meluangkan masa menjadi sukarelawa­n adalah pengacara televisyen, Hafez Dolson dan Zahira Radzi.

Sementara itu, Pengurus Kanan, Strategi dan Perkhidmat­an Korporat, Mohd Ikhmal Azzmin berkata, pembabitan selebriti sebagai sukarelawa­n di PPV UPSC diharap dapat meningkatk­an tahap kesedaran masyarakat dalam memerangi pandemik COVID-19.

“PPV UPSC membuka ruang kepada selebriti menabur budi kepada masyarakat, sekali gus menjadikan mereka contoh terbaik kepada masyarakat. Kami mahu menggalakk­an anak muda menjadi sukarelawa­n di PPV.

“Ia juga bertujuan menggalakk­an orang ramai mendaftark­an diri untuk divaksinas­i. Kami percaya pembabitan selebriti sebagai sukarelawa­n di PPV UPSC mampu meningkatk­an kesedaran masyarakat dan menarik lebih ramai berdaftar untuk divaksinas­i.

Ikhmal berkata, tugas selebriti sebagai sukarelawa­n di PPV UPSC sama seperti sukarelawa­n lain bagi membantu dalam memastikan operasi dan kelangsung­an PPV UPSC berjalan lancar mengikut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh KKM.

“Mereka bertugas antara jam 8 pagi hingga 5 petang dengan masa istirehat secara bergilir,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia