Berita Harian

Basikal RM13 juta ‘senjata’ Azizulhasn­i, Shah Firdaus

- Oleh Sukhairi Thani

sukhairi@bh.com.my

Kuala Lumpur: Basikal model WX-R Vorteq yang direka khas buat atlet berbasikal trek negara bakal menjadi ‘senjata’ memburu kilauan pingat emas sulung Malaysia.

Jentera dihasilkan menerusi projek penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) yang menelan belanja RM13 juta itu bakal ‘dilenjan’ sepenuhnya pelumba negara, Azizulhasn­i Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom pada hari pertanding­an dari 2 hingga 8 Ogos ini di Veledrom Izu.

Tentunya, kilauan emas diharap dapat dijelmakan dalam acara ini selepas pelaburan besar dilakukan Institut Sukan Negara (ISN) dan syarikat dari United Kingdom, TOTALSIM

Ltd. sejak empat tahun lalu itu yang menekankan teknologi aerodinami­k dan berat fizikal basikal bagi menyesuaik­an dengan karakter pelumba.

Walaupun kemampuan sebenar basikal ini hanya akan dapat dilihat di Tokyo, hasilnya sudah dapat dilihat dalam beberapa kejohanan yang disertai Azizulhasn­i dan Shah Firdaus.

Terbaru, tunggangan Azizulhasn­i atau dikenali dengan julukan ‘The Pocket Rocketman’ bersama basikal itu menjelmaka­n kilauan pingat gangsa di Kejohanan Trek Dunia di Berlin, Jerman Februari lalu selain meraih dua pingat perak di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia awal tahun ini.

Shah Firdaus juga mampu mempamerka­n tunggangan luar biasa dengan basikal istimewa itu apabila mampu menyaingi Azizulhasn­i dengan meraih pingat emas dalam acara pecut lelaki di Kejohanan Trek Victoria Elite, Februari lalu sekali gus memberi bayangan persiapan kedua-dua pelumba ini berada di landasan tepat menjelang temasya berprestij itu.

Lantaran itu, tidak hairanlah sekiranya nama Azizulhasn­i atau lebih mesra dipanggil Jijoe mendapat perhatian dunia selepas akhbar Australia, The Sydney Herald turut menyenarai­kan pelumba berusia 33 tahun itu sebagai antara 10 atlet yang harus diberi tumpuan pada temasya terbesar dunia itu nanti.

Menurut akhbar berkenaan, Azizulhasn­i dijangka mampu melakar pencapaian yang lebih baik berbanding penyertaan di Sukan Olimpik Rio 2016 di mana atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu meraih pingat gangsa dalam acara keirin.

Untuk rekod, Azizulhasn­i membuat penampilan pertama di pentas Olimpik pada 2008 di Beijing dengan dia ketika itu sekadar menduduki tangga ke10 acara keirin.

Dia memperbaik­i pencapaian di Olimpik London empat tahun kemudian dengan berada di ranking keenam sebelum berjaya meraih gangsa pada Olimpik Rio 2016.

Di Rio, Azizulhasn­i tewas di tangan Jason Kenny dari Britain yang memenangi emas dan pelumba Belanda, Matthijs Buchli meraih perak.

Azizulhasn­i pada majlis pelancaran basikal trek Olimpik Tokyo 2020 di Dewan Perdana ISN, Bukit Jalil, Mac tahun lalu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia