Berita Harian

Reezal masih ‘berahsia’

-

dari segi vaksin di mana semua 264 atlet diberikan tumpuan oleh kerajaan di bawah Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Pengerusi Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

“Atlet kita juga diberi keizinan untuk mendapatka­n kelayakan bila mana ia diperlukan kerana banyak kejohanan yang dibatalkan. Apabila ada peluang, ia diusulkan ke MKN dan memang mereka memberi sokongan untuk membantu persiapan atlet kita,” katanya.

Kuala Terengganu: Pesanan ibu supaya fokus dan tidak putus asa setiap kali bertarung menjadi azimat berguna buat pelari pecut wanita negara, Azreen Nabila Alias.

Olahragawa­ti Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak itu yang kematian bapanya pada 2014 kini lebih banyak berkongsi kegembiraa­n bersama ibunya, Khadijah Ali, 60 yang kini menetap di Kampung Saujana, Setiu, Terengganu selain adik-beradiknya.

“Jika bapa masih ada pasti gembira selepas saya terpilih mewakili negara ke pentas tertinggi dunia itu kerana arwah bapa bersama ibu yang banyak memberi dorongan sehingga saya berada pada tahap ini, saya mahu buktikan mampu lakukan yang terbaik di pentas Olimpik itu,” katanya.

Mengulas mengenai impiannya pada temasya berprestij itu, penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi itu yang bakal beraksi dalam acara 100 meter (m) sudah pasti mahu lakukan catatan masa terbaik dalam sukan berprestij itu.

“Impian pertama saya sudah pasti mahu lakukan catatan masa terbaik di pentas dunia itu sekali gus memperbaik­i rekod peribadi dengan 11.81 saat yang saya lakukan ketika mewakili Terengganu pada pentas SUKMA 2018.

“Impian kedua sudah pasti mahu mengintai peluang untuk memecah rekod kebangsaan 28 tahun lalu milik bekas pelari pecut negara, G Shanti yang melakukan catatan masa 11.50 saat ketika Pra Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 1993,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia