Berita Harian

Menteri belum mahu umum sasaran pingat

- Oleh Syafiq Aznan

syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kurang dua minggu sebelum Sukan Olimpik 2020 Tokyo bakal membuka tirainya, harapan negara kini digalas 30 atlet yang berjaya mengesahka­n tempat untuk bersaing pada temasya berprestij itu.

Namun, persoalan ketika ini adalah berapa sasaran pingat yang dirasakan realistik untuk dibawa pulang ke tanah air selepas edisi 2016 di Rio menyaksika­n kontinjen negara menggondol empat perak dan satu gangsa?

Bagaimanap­un, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengambil pendekatan untuk ‘merahsiaka­n’ jumlah pingat yang disasarkan namun dijangka ia akan diumumkan pada minggu depan.

“Untuk sasaran pingat, saya akan umumkan dalam tempoh seminggu sebelum Olimpik bermula. 23 Julai tolak tujuh, 16 Julai dan hari ini (semalam) baru 13 Julai.

“Saya kena jumpa dahulu atlet, pengurus pasukan dan duduk bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) serta Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) untuk kita melihat apa yang akan menjadi sandaran kepada negara.

Ismail Sabri menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Norza Zakaria.

“Apa yang penting adalah persiapan mereka berada pada tahap yang terbaik kerana mereka berjuang untuk meletakkan nama negara di tahap tertinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Amanat Perdana oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada kontinjen Olimpik dan Paralimpik secara maya, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Reezal mengakui kerajaan turut memainkan ‘watak penting’ untuk membantu usaha kontinjen negara apabila sokongan yang diberikan ‘melicinkan’ persiapan atlet negara untuk ke temasya berkenaan.

“Terima kasih kepada YB (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) kerana memungkink­an persiapan atlet walaupun kita berdepan pelbagai kesukaran dalam tempoh setahun ini di mana mereka dapat lakukan tanpa sekatan ketika sektor sukan sosial banyak kali dihentikan.

“Kita turut diberi keutamaan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia