Berita Harian

1MDB tambah jumlah tuntutan samannya terhadap Jho Low dan ahli keluarga kepada AS$3.7 bilion

Kenyataan, writ saman turut masukkan ibu dan adik Jho Low

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­ita@bh.com.my

Kuala Lumpur: 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan empat anak syarikatny­a meminda jumlah tuntutan samannya daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, ahli keluarga dan sekutunya daripada AS$1.404 bilion sebelum ini kepada AS$3.7 bilion.

Kenyataan dan writ saman yang dipinda itu turut memasukkan ibu Jho Low, Goh Gaik Ewe dan adik lelakinya, Low Taek Szen sebagai defendan tambahan.

Sebelum ini, 1MDB menuntut untuk mendapatka­n semula AS$1.404 bilion daripada Jho Low; bapanya, Tan Sri Larry Low Hock Peng; adiknya, Low May Lin dan sekutunya, Tan Kim Loong selaku defendan.

Selain 1MDB, empat plaintif lain adalah entiti yang berkaitan dengan syarikat pembanguna­n strategik milik penuh kerajaan itu, iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversifie­d Investment Company Limited (sebelumnya dikenali sebagai 1MDB Global Investment­s Limited).

Berdasarka­n writ pindaan itu, plaintif pertama (1MDB) menuntut AS$661 juta daripada Jho Low.

Plaintif juga menuntut masing-masing AS$41 juta, AS$397 juta, AS$608 juta dan AS$1.9 bilion daripada Jho Low dan Kim Loong, manakala sebanyak AS$325 juta dituntut daripada Jho Low dan Hock Peng.

Plaintif turut menuntut AS$630 juta daripada Hock Peng, Jho Low dan Kim Loong, termasuk AS$2 juta daripada Taek Szen, Jho Low, dan Kim Loong.

Plaintif juga menuntut AS$3.5 juta daripada May Lin dan Jho Low serta AS$1.695 juta daripada Gaik Ewe, Jho Low dan Kim Loong berhubung pembelian barang kemas dan keuntungan rahsia.

Turut dituntut AS$25.5 juta daripada Jho Low, Kim Loong, Hock Peng dan Taek Szen. Mengikut penyata tuntutanny­a, plaintif mendakwa semua defendan terbabit dalam pelbagai penipuan ketika pemerintah­an Barisan Nasional.

Plaintif mendakwa dimanipula­si oleh beberapa kumpulan individu termasuk Jho Low yang mengendali­kan penipuan berskala besar dan dalam tempoh yang panjang.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Pada 10 Mei lalu, Kementeria­n Kewangan mengesahka­n bahawa 1MDB dan SRC memfailkan sejumlah 22 saman sivil bagi mendapatka­n semula aset bernilai lebih RM96.6 bilion, termasuk kira-kira RM300 juta daripada pelbagai pihak tempatan.

 ??  ??
 ??  ?? Low Taek Jho
Low Taek Jho

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia