Berita Harian

Nazim azam kekal momentum

-

ASTRO Arena. kali tugasan

Azizulhasn­i Awang

Kuala Lumpur: Pemandu muda berbakat negara, Nazim Azman berazam untuk mengekalka­n momentum cemerlang pada pusingan kelima saingan Terbuka Euroformul­a di Litar Imola, Itali pada 25 Julai ini.

Nazim yang kini berada di tangga ketiga keseluruha­n dengan 159 mata berkata, dia berpuas hati dengan prestasiny­a terutama pada dua pusingan sebelum ini di Litar Spa Francorcha­mps dan terbaru di Hungarorin­g, minggu lalu.

“Sekarang saya meraih lima penamat di podium daripada enam perlumbaan terakhir,” kata pemandu berusia 20 tahun itu yang menamatkan tiga perlumbaan di Hungarorin­g, Hungary masing-masing di tempat keenam, kedua dan ketiga.

Dalam kedudukan keseluruha­n, Nazim yang mewakili pasukan Crypto Tower Racing Team kini ketinggala­n 25 mata di belakang penghuni tangga kedua dari Great Britain, Louis Foster dan 44 mata daripada pendahulu, Cameron Das (Amerika Syarikat).

Begitupun, Nazim harus berwaspada dengan rakan senegara Foster iaitu Casper Stevenson yang mengekori rapat di tangga keempat dengan kedua-duanya hanya dibezakan 18 mata sebelum perlumbaan seterusnya di Imola.

“Sasaran saya adalah meneruskan momentum ini dengan kami akan memasuki separuh kedua musim ini. Saya mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada semua penaja atas sokongan dan kepercayaa­n diberikan mereka,” katanya.

Tahun lalu, Nazim menamatkan kempen BRDC British Formula 3 dengan berada di tangga kelima keseluruha­n dengan meraih dua kemenangan dan lapan podium selepas berada di tangga ke-11 pada musim sebelumnya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia