Berita Harian

Lawat raja rimba, sang bedal di zoo maya

680,000 pengunjung ‘melawat’ secara maya melihat gelagat buaya dan harimau di Zoo Taiping

- Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi bhnews@bh.com.my

berkunjung ke pusat rekreasi seperti ke zoo untuk menyaksika­n gelagat serta aksi pelbagai jenis haiwan pasti tidak dapat dibendung selepas begitu lama terpaksa berkurung di rumah disebabkan larangan rentas daerah dan negeri.

Namun, kini trend ‘lawatan’ secara maya dianjurkan beberapa zoo di negara ini, mampu mengubati kerinduan itu meskipun hanya berada di rumah.

Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) julung kalinya menjadi zoo pertama di Malaysia mempamerka­n aktiviti pelbagai spesies haiwan secara maya melalui pautan laman sosial dan telegram rasmi mereka.

Menariknya inisiatif secara percuma itu dinamakan sebagai ‘Now Onsite Later’ membabitka­n dua siri ditonton oleh 680,000 pengunjung dalam dan luar negara, memaparkan lebih dekat petugas memberi makan buaya dan harimau Malaya serta aksi amat jarang dilihat, pada 4 Julai dan 11 Julai lalu.

Siri pertama ‘dikunjungi’ 400,000 orang memaparkan harimau Malaya manakala siri kedua berkaitan spesies buaya, meraih 280,000 tontonan.

Sepanjang tempoh itu, bermula jam 10 hingga 11 pagi, pengunjung dapat melihat secara dekat kehidupan haiwan di sini.

Pengarah ZTNS, Dr Kevin Lazarus, berkata orang ramai juga boleh mendapat pelbagai ilmu dan maklumat mengenai haiwan, seolah-olah seperti berada di Zoo Taiping.

“Dalam siri pertama diadakan secara langsung itu, petugas memberi penerangan dan aksi memberi makan buaya berusia antara 11 hingga 20 tahun,” katanya.

Bagi setiap siri difokuskan satu jenis haiwan bagi memberi maklumat lebih terperinci.

“Ramai kanak-kanak teruja sambil menimba ilmu dan pengetahua­n mengenainy­a.

"Kita difahamkan ramai golongan ibu bapa dan pelajar turut mengikuti siri itu. Malah ada menggunaka­n waktu berkenaan untuk membuat tugasan sekolah diberikan guru,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Zoo Taiping menerima 680,000 ‘pelawat’ secara maya lihat aksi buaya dan harimau Malaya, baru-baru ini.
Zoo Taiping menerima 680,000 ‘pelawat’ secara maya lihat aksi buaya dan harimau Malaya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia