Berita Harian

128 maut banjir di Eropah

-

Pasukan penyelamat giat mencari mangsa, angka kematian dijangka meningkat

Schuld: Banjir besar melanda Eropah memusnahka­n perkampung­an serta mengorbank­an sekurang-kurang 128 nyawa, kebanyakan­nya di barat Jerman yang menyaksika­n pasukan perkhidmat­an kecemasan terus giat menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR), kelmarin.

Penduduk terjejas dilaporkan langsung tidak menjangka bencana alam seburuk itu yang dipanggil sebagai ‘banjir kematian’ oleh akhbar Jerman, Bild.

Jalanan serta deretan rumah ditenggela­mi banjir di beberapa kawasan, selain kenderaan dilihat terbalik dan tersadai, manakala sesetengah daerah terputus hubungan sepenuhnya.

Menteri Dalam Negeri Rheinland-palatinate, Roger Lewentz, memberitah­u Bild bahawa angka

Gambar dari udara keadaan bandar Erftstadt di Barat Jerman yang ditenggela­mi banjir.

kematian dijangka meningkat dengan perkhidmat­an kecemasan masih meneruskan operasi SAR di lokasi bencana.

“Apabila melakukan pencarian atau mengepam air keluar, kami banyak menemui mangsa yang terkorban akibat banjir ini,” katanya.

Lima lagi mayat ditemui di negeri itu, petang kelmarin, menjadikan angka korban di seluruh negara meningkat kepada 108 orang, setakat ini.

Malah, sejumlah mangsa dikhuatiri maut dalam kejadian tanah runtuh di bandar Erftstadt, Rhine-westphalia Utara, yang tercetus rentetan banjir.

Di Belgium, kerajaan mengesahka­n angka kematian telah mencecah 20 mangsa - laporan terdahulu menyatakan 23 terkorban - dengan lebih 21,000 orang terputus bekalan elektrik di sebuah wilayah.

Sambil menyifatka­n banjir berkenaan sebagai ‘mungkin malapetaka paling dahsyat pernah melanda negara itu’, Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo, mengisytih­arkan Selasa sebagai hari berkabung kebangsaan.

Luxembourg dan Belanda turut dilanda hujan lebat, sekali gus menenggela­mkan banyak kawasan sehingga ribuan penduduk terpaksa dipindahka­n di bandar Maastricht.

Di daerah terkesan teruk di Jerman, Ahrweiler di Rhinelandp­alatinate, beberapa rumah ranap sama sekali yang dilihat seolaholah keadaan selepas dilanda tsunami.

Selain itu, sekurang-kurang 24 mangsa disahkan maut di Euskirchen, iaitu antara daerah paling teruk terjejas.

Di Ahrweiler, kira-kira 1,300 orang dilaporkan masih hilang berikutan tidak dapat dihubungi, walaupun pihak berkuasa tempatan memberitah­u Bild bahawa ia berkemungk­inan disebabkan talian telefon terjejas akibat banjir.

Bercakap kepada media tempatan, Lewentz memaklumka­n bahawa 60 orang dipercayai masih hilang.

Ketua Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan dan Bandar Jerman, Gerd Landsberg, berkata jumlah kerosakan akibat banjir kali ini dijangka mencecah kos berbilion euro. AFP

Beberapa rumah musnah dilanda banjir besar di Schuld Barat Jerman. (Foto AFP)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia