Berita Harian

Semangat pemain dipuji

- Oleh Zulfaizan Mansor

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memuji semangat dan kesungguha­n dipamerkan lapan pemain negara menjelang pertarunga­n pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Mereka sebelum ini diletakkan dalam gelembung sukan di Akademi Badminton Malaysia (BAM) iaitu lokasi menjalani fasa terakhir latihan.

Norza berkata, kem badminton sudah berdepan banyak cabaran susulan pandemik COVID-19, namun ia tidak menghalang mereka mempamerka­n prestasi yang baik dalam usaha memburu tempat di Olimpik.

“Kami melihat kombinasi pemain muda dan senior ini sebagai saling melengkapi dan memberikan manfaat buat mereka semua.

“Mereka bukan lagi pemain profesiona­l ataupun BAM, tetapi mereka adalah pasukan Malaysia, semuanya berlatih di bawah satu bumbung,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia